Masih ingat pada Izzat, Helen dan Daud?

Dan terutamanya pada Basem, Syeikh Mubasyir, Musa?

Dan saya masih ingat pada ‘titipan kecil’ saya untuk anda dalam KMR.

Dan semestinya, doa anda semua diperlukan saat ini. :-)

Saya ingin… ‘menyeberang’ sempadan antara kita dan mereka. Bukan sekarang.

Pada Disember 2009, mereka bagai ‘di tali gantung’ dengan sebelah kaki sudah sedia ke syurga.

Pada Disember 2010, walaupun tidak secara rasmi, mereka terus bermandi ‘bunga’ api. Teruskan berdoa. Kerana setiap saat doa anda menitiskan ‘hujan rahmat’ dalam hidup mereka, memberi semangat dan nafas baru untuk mereka terus berjuang. Pada Ramadan 1435H, mereka diserang lagi. Dan Israel terus menggunakan alasan ‘mempertahankan diri’.

Kita boleh lihat dan dengar pelbagai reaksi dari seluruh kasta masyarakat. Bukan kasta taraf dan pangkat, tapi kasta ‘iman’.

Mereka di situ dengan usaha mereka… kita… jujurlah dengan Allah di mana sebenarnya kita berdiri dalam isu ini.

Dan…

Doakan saya dikurniakan keberkatan masa dalam usia, doakan saya dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus ‘menghadiahkan’ sesuatu pada anda. Doakan saya dianugerahkan iman dan kefahaman yang mantap, supaya setiap sen yang anda laburkan memberi pulangan yang lumayan.

Please. Please and please.

Lotsalove,

Miss saffaa :-)

pulau selasih

 

 

“Tok Ayah, sebanyak mana kita patut baca al-Quran setiap hari?”

Senyum. “Sebanyak mana Uda nak bahagia.”

 

*kesat air mata*

Miss Saffaa

“Tahun ni nak puasa di Istanbul!”

Sadiq memegang kepala. Perlahan-lahan kepala digeleng.

Nas memicing mata. “Kan dah janji yang tahun ni kita nak pusing-pusing masjid untuk Tarawih.”

“Macam mana nak pergi, saya kan ada kelas tambahan.” Sadiq mencapai pen di tangan.

Nas mencapai bantal, memekup mukanya ke bantal. “Arghhh! Bencinyaaaa!” Dia menjerit dalam bantal.

Sadiq ketawa kecil melihat keletah isterinya yang sudah buat gaya comel begitu. Pen diletak semula atas meja. Tidak jadi menyambung kerjanya untuk merangka rancangan mengajar minggu depan. Punggung diangkat dari kerusi, melangkah mendekati isteri yang masih duduk di birai katil dengan muka terpekup begitu. Dia bersila di kaki Nas.

Perlahan-lahan terasa bantal ditarik. Nas mengangkat muka, memuncungkan mulut.

“Naseema sayang, janganlah buat begitu. Kasihan pada anak kita.” Sadiq meletak bantal ke atas riba sendiri.

“Tapi… tahun ni Nas kan berazam nak puasa penuh.”

“Iya… azam tetap azam. Abang doakan Nas larat dan diberi kekuatan untuk puasa penuh tahun ni.”

Nas menepuk riba. “Sebab tu orang nak buat tour masjid untuk tarawih kat sana.”

“Insya-Allah… banyak dah pahala isteri abang dengan niat begitu. Tapi Nas… kalau nak naik kapal terbang dalam tempoh sekarang ni… perlukan surat doktor. Nanti dah nak masuk 36 minggu kan pada 1 Ramadan.” Tangan isteri dicapai dan dikecup perlahan.

Nas mengeluh perlahan. “Ala… nanti Nas pakai baju besar-besarla. Sorok perut. Insya-Allah tak nampak punya.”

Senyum di bibir mekar berbunga. “Kita tour masjid di Malaysia saja boleh tahun ni? Tahun depan kita cuba insya-Allah.”

Nas mengherotkan bibir. Tak menjadilah trick dia kali ni! Isy! Hari tu Sadiq ajak dia balik masa musim bunga sebab dia rindu nak pegang tulip, nak hirup udara Bosphorus tapi dia pula sibuk dengan tesis anak muridnya di universiti.

Ingatkan trick ‘Tarawih’ ni jadi… rupanya… mengharap bulan jatuh ke riba, namun kaca yang jatuh ke batu.

Tangan mengusap perut. ‘Sorry baby, ibu tak berjaya memujuk ayahmu yang terlalu diplomatik ni. Nanti kita pergi ziarah tempat ‘bangun’-nya cinta ibu dan ayah lain kali ya.’

 

damai

Damai, the untold-then-told story.

 

 

Love in heart,

Miss Saffaa :-)

 

The Owner

Words from owner

~Hakcipta TERPELIHARA~ Sebarang penyalinan hendaklah mendapat izin PEMILIK terlebih dahulu

author can be reached through:

saidatulsaffaa

[at]

gmail[dot]com

YM:saffaasayyida

The sun’s path

July 2014
M T W T F S S
« Jun    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

New!

Click to order ^^

1102605_609122925812445_978077605_o

Cebisan Mimpi

I
[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12]

Kalau Tuhan Katakan Jadi

[1] [2] [3] [4] [5]

Koo’tür

[1] [2] [3] [4] [5] [6]

Blog Stats

  • 52,395 Allah's slaves visiting
FREE PALESTINE
counter free hit invisible
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,530 other followers