Assalamualaikum…

pertama kali tiba-tiba ada ‘break’..maaf..

Saja nak mem’break‘kan diri untuk menerangkan kepada ‘beloved readers‘ beberapa fakta mengenai Hikayat Mutiara Hijau(HMH):

1)Cerita ini adalah khayalan semata-mata yang di’edit‘ daripada pengalaman penulis dan orang-orang sekeliling.(tak tahulah boleh dihukum sebagai ‘tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah mati’ atau tidak…)

2)Semua cerita yang telah ditulis adalah daripada versi ‘belum edit’.

3)Ini bukanlah cerita pertama penulis,namun ia adalah yang ‘sulung’ kerana cerita yang sebelum ini(tajuk dan isi berlainan) telah ‘burn‘ akibat laptop yang jammed dan terpaksa ditukar isi perutnya serba serbi kepada yang baru.Doakan cerita ini ada kesudahannya dan tidak ‘senasib’ dengan saudaranya yang tidak sempat menjenguk dunia dengan lebih lama ya!

4)Cerita ini ditulis ketika penulis dalam kekalutan menghadapi peperiksaaan akhir tahun atau lebih tepat dalam tempoh ‘study leave’ lantaran thyrosin dan adrenaline yang mencurah-curah.

5)Break bukan bermakna penulis ketandusan idea.Alhamdulillah..Bukan juga ingin ‘menyeksa’..=) Sekadar ingin berbicara sebagai ‘diri sendiri’ from heart to heart dengan pen’jenguk’ blog ini.

6)Komen anda amatlah penting untuk saya merencana dan memperbaiki bahasa yang ‘tunggang terbalik’ serta menyambung idea yang bila-bila sahaja boleh ditarik kembali.

7)Terima kasih kerana sudi membaca.Doakan agar ia tidak menjadi hikayat yang sia-sia.Doakan juga semoga masa kita yang ter’isi’ kerana cerita ini mampu memberatkan mizan kebaikan kita kelak..love you all..

Salam perjuangan,

Miss-saffaa