Assalamualaikum..

Woha!

Maaf sebab tak dapat update untuk minggu ni…dan mungkin sampai berminggu-minggu..

Masa tak mengizinkan..

Exam tinggal dua bulan,buku yang nak dibaca.MasyaAllah..

Nampak macam 5-6 buku je.Semuanya perenggan berjela-jela.Semuanya kena hafal,step by step,word by word.

Macam novel kanak-kanak je tebalnya,tapi novel yang tak dapat nak imagine dalam kepala otak.

Bila bukak buku je,masa tu lah teringat..eh kain tak basuh lagi..itu tak tulis lagi..kerja rumah tak siap lagi..buku ni tak baca lagi..hmm..tumbuhlah macam-macam cabang sampai tak boleh nak fokus kat buku yang dah terbukak depan mata.

Asal bukak buku je,baca page yang sama,baris yang sama tak bergerak-gerak.Mata duk kerling kat jam laptop..Lambatnya masa berjalan..Dah mengantuk ni..😦

Bila dah seminggu lagi nak exam,mulalah nak salahkan masa cepat sangat..Berpeluh-peluh,buku pun express je diselaknya.Benda lain dah tak boleh nak buat,konon macam busy la..Padan muka!

Semua orang dah bercuti balik kampung..tapi diriku,dah balik kampung hari tu..hehehe..Cuti ni bolehlah ku merayau ke ceruk bumi lagi..Kena jimat-jimat,save budget!Harga barang semua dah naik sekarang,kalau turun 10-20 sen dah kira tersangatlah baik..


Ya Allah..panjangnya saya merapu! :-p

Janganlah baca sangat..

Oh!Kepala otakku dah tak betul,semenjak demam dan setelah ponteng sekolah 2 hari..




Full time student,

Miss-saffaa