arties-cottage-by-bernie-rosage-jr-2

Zulkarnain melemparkan pandangan kosong.Tanpa fokus.Kata-kata Kak Zatil sejak semalam bagaikan menggendang-gendang telinganya.

Macam manalah Kak Zatil boleh memikirkan perkara itu. Dan lebih kritikalnya, boleh membuat keputusan sebegitu. Dalam masa yang sebegitu singkat.

“Kaklong dah istikharah Zul.Banyak kali.” Zatil terhenti seketika.Merenung wajah adik lelakinya itu. “Dah sebulan..dan jawapannya positif..”

Sungguh dia tersentak kala itu.

“Ustaz.”

Suara seseorang menyebabkan dia berpaling. Hasnan, pelajar 5 J-Lo berdiri tegak di sisinya.

“Sekarang ni masa ustaz.”

“Astaghfirullah..saya lupa.” Zulkarnain mengukir senyum bergaris lurus.

Ya Allah, terlalu mengelamunkah dia hari ini? Belum pernah dibuatnya lambat masuk ke kelas yang bakal diajar. Kebiasaannya, sebelum waktu rakan setugasnya habis, dia sudah tercegat di tepi koridor menanti giliran. Takkan sesekali dia membiarkan pelajarnya ternanti-nanti, mempunyai senggang kosong tanpa dia masuk ke kelas. Baginya, mengajar itu satu tanggungjawab. Memang adatnya pelajar perlu menanti guru. Tetapi, janganlah si guru pula leka, terlupa tanggungjawabnya. Tapi hari ini, tercalar sudah rekod yang dijaga bersih.

Tangan Zulkarnain pantas mencapai buku rekod mengajar dan buku Pendidikan Islam yang tersusun rapi di atas mejanya.

“Jom Hasnan.” Kerusi ditolak ke belakang. Kemudian, mengatur langkah laju. Agar tidak terlewat.

“Ustaz.” Suara Hasnan berbunyi lagi.

Zulkarnain berpaling ke belakang. Hasnan masih belum memulakan langkah pun lagi. Masih tegak di sisi kerusi dan meja gurunya.

“Ustaz salah ambik buku.” Mata Hasnan memfokus pada buku yang dibimbit Zulkarnain.

Zulkarnain memfokus pada tempat singgahnya mata Hasnan. Apa yang salahnya? Buku Pendidikan Islam dan rekod mengajar. Dia berpaling merenung Hasnan sekali lagi dengan tanda tanya.

“Sekarang ni masa biologi.” Tutur Hasnan lagi, serba salah melihatkan muka Zulkarnain sebegitu.

Gulp!

Zulkarnain terus meletakkan kembali buku Pendidikan Islam dan mencapai sebuah lagi buku lain yang tertulis di kulit depannya ‘Biologi’.

“Jom.”

Langkah diayun laju. Kali ini, barulah Hasnan mengiringinya di sisi.

Disaster! Kenapa banyak perkara yang dia asyik terlupa je hari ini? Terlalu mengelamunkah? Atau patut disalahkan pada masalah yang satu itu?

~to be continued~


Maaf..lama betul saya cuti ya.😉

Sebenarnya, masa post entry ni internet ada problem pulak.

Ni entry ‘sebenar.’

Cerita ni tak ada draft yang ‘sempurna lagi. So, lambat sikitlah perjalanannya.

Sorry sekali lagi. Sekarang ni saya sibuk sangat-sangat.

Kalau ada masa lagi, saya post lagi ye.

Enjoy reading..enjoy writing comments..🙂