Zulkarnain menapak lesu ke bilik guru. Fokusnya masih lagi luntur. Semasa mengajar tadi pun dia tidak begitu bersemangat. Aduh! Ini sudah parah. Tolonglah wahai hati. Tenanglah kamu. Tenanglah agar aku dapat menjalankan amanah yang terpikul di bahuku ini dengan sempurna.

Pernikahan Zatil tinggal lagi sebulan. Dalam masa itu jugalah tugasnya bertambah kerana dialah ‘escort’ kakak tunggalnya itu ke hulu ke hilir membeli barang persiapan. Ingatannya kembali pada sms yang diterima pagi tadi.

Zul, balik awal tau. Kaklong nak pergi tempah bakul rotan di Kuala Terengganu. Nanti tak sempat.

Dia tersenyum sendiri. Macam-macam hal perempuan ni rupanya. Bakul rotan untuk hantaran pun nak ditempah juga. Nun jauh di Kuala Terengganu pula tu. Padahal, di PKNS punyalah banyak. Tak faham betul. Kononnya nak design yang uniklah, design di PKNS dah basilah. Hai..macam-macam. Mujurlah kakaknya cuma seorang. Kalau ramai lagi adik beradik perempuannya, entah macam manalah dia agaknya. Kena jadi bionic man kot nak melayan semua kerenah mereka.

“Ustaz! Ustaz!” Hasnan dari jauh terkocoh-kocoh berlari ke arahnya.

“Ustaz! Ada pelajar perempuan bergaduh ustaz!” Hasnan tak cukup nafas menutur.

“Ya Allah! Kat mana?”

“Kat kantin! Cepat ustaz!”

Zulkarnain membuka langkah seribu, mengekori Hasnan. Sesampainya mereka di kantin, pelajar-pelajar lain berkerumun. Elok sahaja Zulkarnain mendekati kelompok pelajar itu, seorang pelajar perempuan berbaju kurung merah jambu ; pakaian rasmi pengawas sekolah terduduk di atas lantai di celahan pelajar yang menjadi pemerhati, penyokong dan apa lagilah.Mukanya menyeringai kesakitan.

“Astaghfirullah! Tepi semua.” Zulkarnain bersuara tegas. Semua pelajar terdiam. Kelompok yang mengerumuni pelajar. Semuanya membuka laluan pada Zulkarnain.

Kelihatan dua orang pelajar perempuan yang berkelahi itu. Tudung entah ke mana tercampak agaknya. Kedua-duanya saling cakar-mencakar, menarik rambut, menampar satu sama lain. Riak cemas tergambar di muka pengawas yang mengerumuni mereka kerana tidak dapat meleraikan pergaduhan sengit itu.

“Ustaz datang..Ustaz datang..”

“Habislah dia orang..”

“Tu ha hero dah datang..”

Kedengaran bisikan-bisikan pelajar saat dia berdiri tegak di hadapan dua pelajar yang berkelahi itu.

“Kau jangan ingat dia tu kau punyalah!”

“Kau jangan perasan kau tu baik sangatlah!”

“Dia tu nak kat aku! Bukan pelacur macam kau ni!”

“Woi! Kau tu anak pelacur tak sedar diri. Sedarlah kau tu bohsia!”

“Berlagak hero konon. He’s the one they fight for padahal.” Kedengaran sayup-sayup bisikan dari belakang. Tapi, Zulkarnain tak ambil pusing. Kepalanya pun sudah berputar-putar macam gerudi dah gayanya melihat aksi di depan mata.

Dua pelajar itu masih bergomolan, tergolek-golek di atas lantai. Sekejap yang yang seorang itu terduduk di atas perut yang lain. Sekejap dua-dua terduduk. Sekejap dua-dua berguling-guling balik. Tangan masing-masing sekejap dengan penumbuk. Kejap lagi dengan penampar pula.

“Sudah saya kata!”Suara Zulkarnain memetir.

Kedua-dua pelajar yang bergomolan di atas lantai itu terdiam.

“Bangun!” Sekali lagi suara Zulkarnain bergema di ruang kantin. Semua pelajar lain turut terpaku. Sunyi. Terkesima melihat muka Zulkarnain memerah

Kedua-duanya pucat lesi. Dengan rambut yang kusut masai, mereka berdiri perlahan-lahan. Kedua-duanya tunduk.

“Pakai tudung kamu balik!” Suara Zulkarnain masih kedengaran tegang. Menegangkan lagi suasana di ruang kantin tengah hari itu.

“Saya nak jumpa kamu berdua di bilik guru lepas ni. Yang lain boleh bersurai.” Putus Zulkarnain. Sambil melangkah kembali ke bilik guru.

~to be continued~

Pardon for a super long holiday..

Enjoy reading..:-)