“Kenapa masam semacam je ni?”

Zatil melabuhkan punggung di tempat bersebelahan pemandu. Jari-jemari Zulkarnain mengetuk-ngetuk permukaan stereng kereta.

“Zul?” Zatil bersuara lagi.

“Angah!” Kali ini Zatil menyergah kuat. Tersentak Zulkarnain dibuatnya. Serentak dengan itu Zulkarnain berpaling melihat Zatil di sebelah. Merenung dengan tanda tanya.

“Apa sergah-sergah orang ni!”

Zatil sudah terkikih ketawa. “Ya Allah! Apa yang duk berangan sampai orang panggil tak dengar ni?” Ujarnya bersulam dekah.

Zulkarnain mengerut dahi. “Bila masa pulak orang berangan entah. Pandai-pandai je kaklong mereka cerita.”Zulkarnain terus menghidupkan enjin keretanya.

“Eh! Tadi kata nak makan? Apasal dah start enjin ni?” Soal Zatil lagi. Zulkarnain terkebil-kebil menatap wajah kakaknya itu. Dia ada cakap dia nak makan ke tadi? “Bila angah cakap?”

“Ya Allah!” Zatil nenepuk dahi. “Sah! Budak ni berangan tak ingat dunia. Dah! Jom kita makan cepat!” Ujarnya sambil meloloskan diri keluar daripada kereta.

Apa dah jadi dengan adik seorang ni. Tadi dia yang beria benar nak berhenti di R&R Temerloh ni. Lapar sangat katanya. Dah driver kata macam tu, dia ikut je la. Alang-alang boleh pergi ke tandas sekali. Tup, tup, balik dari tandas, si adik bertuah masih kaku dalam kereta. Ingatkan dah tempah makanan ke apa. Zatil berpaling ke belakang saat mendengar bunyi remote kereta. Zulkarnain sudah maju menghampirinya.

~to be continued~


Kueng! Kueng!

Draft dah siap separuh..tapi, masanya sangatlah ‘sempit’.

Sampai tercekik-cekik nak menaip😉