Nasi berlauk ikan patin masak lemak cili padi dan kangkung goreng dipandang lama tanpa perasaan. Bibir bergerak perlahan saat tangan mula menyuap. Dikunyahnya perlahan-lahan. Ditelannya seolah-olah sedang menelan panadol tanpa air.

Zatil yang sedang menyuap nasi ke mulut terhenti seketika. Saat itu juga tangannya terhenti. Zulkarnain mengeluh perlahan. Itulah yang ditangkap oleh telinganya.

“Zul?” Zatil merenung tunak pada wajah yang peluh resah gelisah itu.

“Kaklong, lelaki pun boleh jadi fitnah kan?” Soal Zulkarnain tiba-tiba. Matanya berpapasan lama dengan mata Zatil. Sebelum dilarikan pada sekeliling kawasan R&R dan akhirnya jatuh pada nasi di pinggannya sendiri.

“Maksudnya?”

“Fitnah. Fitnah di hati perempuan yang memandang.”

Zatil meletakkan tangan kirinya di dahi Zulkarnain. Normal saja suhunya. Hai! Memang masalah berat adik yang seorang ni. Zulkarnain masih dengan muka tanpa perasaannya.

“Apa yang dah jadi?” Soal Zatil akhirnya.

My students quarrel because of me.

“Perempuan?” Soal Zatil spontan.

Zulkarnain mengangguk lesu. “Ada seorang lagi cikgu pulak sibuk cerita angah ni kekasih dia. Dan angah langsung tak tahu selama ni. Sampailah semalam.”

“Macam mana angah tahu?”

“Cikgu besar panggil. Dan kebetulan dia bercerita. Cikgu disiplin pulak ada hati kat cikgu yang mengaku ‘kekasih’ angah tu. Dan semalam dia tuduh angah overboard. Rampas kuasa dia katanya. Angah tahu, bukan fasal tu dia hot, tapi fasal cikgu yang mengaku ‘kekasih’ angah tu.”

Zatil terkedu. Lama dia cuba menstabilkan aturan nafasnya kembali. Cikgu-cikgu kat sekolah pun bergaduh? Kerana benda seremeh ini? Apa nak jadi dengan dunia ni sebenarnya.

“Salah angah tak ambil tahu ke?” Soal Zulkarnain dalam getar. “Atau salah muka angah ni, kaklong?” Semakin ketara getar dalam suara Zulkarnain.

“Astaghfirullah..angah. Istighfar banyak-banyak. Angah nak salahkan Pencipta muka angah ke? Istighfar angah.” Zatil menggeleng-geleng kepala. Dia melontarkan renungan simpati pada Zulkarnain.

Bibir Zulkarnain bergerak perlahan. “Astaghfirullah..”

“Ingat angah, makin dekat Allah dengan kita. Makin tinggi tahap ujian pada kita. Ingat kisah Imam Malik, ingat kisah Mus’ab. Insya-Allah.”

Zulkarnain mengangguk perlahan. Ya! Imam Malik anak yatim yang dikhabarkan sangat kacak itu. Rambutnya perang, kulitnya putih kemerahan. Mempunyai suara yang lunak. Nyaris-nyaris dia menjadi artis. Tapi, ibunya memainkan peranan besar. Imam Malik diajar agar cinta pada ilmu. Agar cinta pada jubah-jubah. Bukannya cinta pada kemewahan, kemasyhuran. Hingga akhirnya menjadi ulama mu’tabar. Mus’ab pula pemuda yang paling kaya, paling kacak zaman itu. Minyak wanginya tidak mampu dibeli oleh orang lain. Sekali dia melalui satu jalan, pasti orang tahu jalan ini telah dilalui oleh Mus’ab kerana bau minyak wangi yang tertinggal. Mus’ab yang menjadi kegilaan ramai gadis. Tapi, dia tidak hanyut. Tidak terleka dengan semua itu. Tidak menyalahkan Penciptanya.

~to be continued~

Oh..apakah yang telah aku merapu-rapu ini? 8-}