Special case:

Perbualan telefon yang direkodkan beberapa bulan lalu.

MS: Assalamualaikum. Kak Raudhah! MS ni.

Samihah: Ni Kak Meah. Kejap-kejap. Akak panggil makcik tu kejap.

MS tunggu sambil tangan menggendang meja belajar.

Raudhah: Assalamualaikum.

MS: Waalaikumsalam. Kak Raudhah..sihat ke?

Raudhah: Alhamdulillah.MS ya? Kenapa telefon akak sekarang ni? Akak kat OT ni.

MS: Oppss! Silap timing kah? (Tadi call handset. Macam mana boleh ke OT pulak ni? Patutlah Kak Meah yang angkat.)

Raudhah: Akak divert call handset akak ke hospital punya line la. Tak apa. Bukan akak seorang je kat sini. Ada lagi doktor lain. Minor operation je ni. Insya-Allah patient ni selamat je. (Sambil gelak kuat)

MS: Isy! Akak, apa hal gelak kuat sangat nih? (Buat-buat marah.)

Raudhah: Opps! sorry. Ni la satu kelemahan yang tak dapat nak dielakkan. Ha! Kenapa call ni?

MS: Nak jumpa akak la..bila akak free?

Raudhah: Weekend akak balik Pulau Selasih. Jomlah pergi sana.Tuk Ayah pun ada tanya bila nak datang melawat lagi. Amboi..budak ni punya busy, kalah akak ni ha.

MS: (Sengih-sengih walaupun Raudhah tak nampak) Orang nak buat date dengan akak 2010 la.

Raudhah: Ces! Gaya macam urgent je. Kita cakap lain kali la. Nanti malaikat rekod pulak akak curi tulang sekarang ni.

MS: Okey-okey. Lain kali pun lain kalilah.

Raudhah: Assalamualaikum. Study rajin-rajin. Qiyam rajin-rajin. Nanti result KO jangan salahkan akak. Kalau akak tau awak ponteng qiyam tanpa alasan kukuh, siap awak!

MS: Uwekk! (Jelir lidah) Ya la! Orang tau lah! Waalaikumsalam warahmatullah.