Rambutnya disanggul kemas. Tokwan kata, nanti si siapa entah nak menghantar ikan. Mesti kejap lagi dia pun kena menemani tokwan. Lepas tu, kena mengangkat keropok keping yang sudah siap dikeringkan. Wah! Habislah hangus muka bila balik KL nanti. Kena pergi spa sental mukalah jawabnya. Kalau tak, apa nak dijawab dengan manager yang kepoh mengomen tu.

“Neil! Cepat!” Laungan tokwan berbunyi dari luar bilik.

“Ya! Kejap!” Sempat dia melirik wajah di cermin. Pucat semacam. Dan rasa pelik semacam. Tapi, kalau setakat nak pergi teman tokwan, takkan nak tonyoh muka dengan mekap jugak. Karang tokwan kata buang tabiat pulak. Sedar sikit Neil. Ni kampung, bukan KL tempat kau cari rezeki tu. Tak ada orang nak tengok pun kau kat sini.

Berpuas hati dengan penampilannya, Neil melangkah keluar dari biliknya. Tokwan dah siap bertudung lengkap dengan baju kurung. Saat itu juga dia menyedari tokwan memandang aneh padanya. Rasanya, dia melihat seolah-olah ada sesuatu di balik mata tokwan. Adakah itu kesal? Atau sedih?

“Jom tokwan.”

Tokwan melangkah terus tanpa menunggunya. Tanpa sepatah pun menyahut ajakannya. Sepanjang langkah mereka menuju ke lori ikan si siapa entah, tokwan hanya diam seribu bahasa. Entahlah. Kali ini dia sendiri dapat merasakan ada aura aneh pada tokwan. Atau itu sekadar perasaannya sahaja kerana sudah lebih enam bulan dia tidak bertemu dengan tokwan? Ah! Mungkin juga. Neil cuba menyedapkan hatinya sendiri. Langkah kaki dipercepatkan mengejar tokwan yang berjalan tanpa menoleh kiri dan kanan.

Sebuah lori Daihatsu berkepala merah berhenti tidak jauh dari tempat mereka melangkah kini. Neil masih lagi berjalan di belakang tokwan. Terkejar-kejar menyaingi langkah orang tua itu. Dahsyat juga tokwan ni! Dah tua pun langkahannya macam ribut. Laju sangat.

“Assalamualaikum Su Yah!”

Nun jauh kelihatan seorang budak lelaki berbaju T biru gelap dan seluar jeans mengangkat tangan pada tokwan. Mengikut perkiraan mata Neil, budak lelaki itu berusia awal 20-an gayanya.

“Waalaikumsalam! Kamu apa khabar Firdaus? Lama betul Su Yah tak nampak kamu.” Tokwan ramah menegur.

“Saya ikut ayah pergi menjala ikan la Su Yah. Sekarang ni angin tengah okey, bulan pun cerah. Senang nak menjala malam-malam.”

Mata Firdaus melirik pada susuk tubuh yang berdiri di belakang tokwan. Neil buat muka tak faham apa-apa.

“Eh! Su Yah..siapa tu?” Bibir Firdaus memuncung ke arahnya. Neil masih lagi pura-pura melihat alam sekeliling, angin sepoi-sepoi bahasa meniup pelepah nyiur. Berdesiran bunyinya. Nyaman sekali udara petang itu. Matahari pun malu-malu menyimbah bumi. Redup sahaja.

“Yang rambut macam… tu… Su Yah..” Sambung Firdaus lagi.

Tokwan menoleh ke belakang. Matanya bertemu dengan anak mata Neil. Kemudian dia menoleh ke hadapan kembali.

“Cucu Su Yah. Neil.”

“Oo…” Berlagu panjang si Firdaus itu.

Tokwan melangkah ke bahagian belakang lori. Ingin melihat ikan yang dibawa oleh Firdaus. Neil hanya membuntuti.

“Anak arwah pakcik Usman ya Su Yah?” Soal Firdaus lagi.

Hmm…” Balas tokwan pendek. “ Ikan tamban ada bawa Firdaus?” Tokwan mengalih topik.

“Ada Su Yah!” Firdaus laju memanjat belakang lori, membuka peti berwarna oren yang menempatkan ikan tamban. “Su Yah nak ikan parang pun ada Su Yah! Saya suka keropok ikan parang Su Yah.” Tambah Firdaus lagi. Tangannya laju membuka peti ikan parang di sebelah peti ikan tamban. “Tak sama keropok Su Yah dengan orang lain. Isy! Memang mantap la!” Penuh gaya dia buat-buat mengelap mulut.

“Pandai betul dia promote.” Tokwan tersenyum nipis. “Kamu hantar kat dapur tu ya! Rasanya Senah ada tunggu kat dapur. Senang nanti. Boleh dia terus menyiang.”

“Beres!” Sahut Firdaus lagi dengan muka bercahaya.

Hyperactive ke?

No… I dont think so. Jangan tertipu. :p

Enjoy reading…

Looking forward for your comments🙂