Hujan turun makin lebat. Baju yang asalnya cuma bercorak tompok-tompok kecil ditimpa titisan hujan kini berubah lencun. Tangan dan kaki masih lagi ligat bekerja. Tokwan juga dilihatnya begitu. Ligat sekali tangannya memasukkan keropok keping yang kini berubah lembap sedikit ditimpa hujan.

Tangannya sesekali terhenti apabila terasa tulang-tulang ikan mencucuk tapak tangan. Keropok yang sudah kering dikaup dengan tapak tangan yang bogel begitu sahaja, mana tak tercucuk. Patutnya kena siap pakai sarung tangan kalau nak mengaup benda alah ni.

“Cepat Neil!”

Tokwan dilihatnya sudah siap mengaup keropok keping dua hamparan tikar getah. Dia? Satu hamparan pun belum habis.

“Tokwan…tolong…” Rintihnya perlahan.

Tokwan bingkas berlari ke arah hamparan tikar getah yang dikaup keropoknya oleh Neil. Tangan tua itu laju mengaup semua sisa keropok keping yang tertinggal ke dalam bakul sehingga selesai. Tikar getah dibiarkan terhampar begitu sahaja. Mungkin hujan tak akan lama. Sempat aja dikeringkan tikar ni sebelum Rahmah siap menghiris keropok untuk dibuat keropok keping esok.

“Dah Neil! Cepat! Nanti demam.” Tokwan mengangkut bakul yang penuh berisi keropok keping ke bawah atap rumah.

Neil terkial-kial mengangkut bakul yang hanya berisi separuh itu membuntuti tokwan. Rambut pun dah kuyup ala-ala baru lepas syampu rambut.

“Neil! Pergi masuk mandi. Basuh kepala tu. Nanti demam pula.” Tutur tokwan melihat Neil yang kemengahan meletakkan bakul yang diusungnya ke lantai.

“Tapi keropok ni tokwan?”

“Tak apa. Biar kat sini dulu. Nanti tokwan simpan dalam rumah. Takut kucing makan. Pergi masuk. Mandi.”

Neil hanya patuh. Kakinya mendaki tangga beranda rumah tokwan. Mengahnya masih terasa. Matanya sempat melirik pada tokwan yang mencapai sehelai kain bersih mengelap lapisan paling atas keropok-keropoknya di dalam bakul itu. Tengok gaya tokwan relax aje. Dia pula yang nampak mengah macam orang tua. Isy! Takkan kau dah berubah usia kot dalam masa sehari. Daripada 20+ kepada 60+ terus.

Neil menggeleng sendiri. Eh! Takkanlah! Mengarut sungguh kepala otak ni.

“Ha! Tu apa halnya yang duk tergeleng-geleng lagi atas tangga tu. Tokwan kata pergi mandi!” Tinggi sekali suara tokwan menyapa gegendang telinga.

Neil pantas menyusup masuk ke dalam rumah. Isy! Tokwan ni. Tajam aje mata dia. Tak sempat lagi nak bernafas dah kena sound.

Psstt…dah lama taip entry ni.

Tapi not in mood for posting.

Saya tak habis holiday lagi….😛

Ni curi-curi nih…

*Gelak jahat*

Dan… baru perasan….

Semalam 1st anniversary of this blog. 7 Jun.

Tak sangka… ingatkan blog ni bakal pupus dalam masa yang singkat.😛

Thanks readers.

This blog-me-myself=nobody, nothing, meaningless without all of you.

Really appreciate your visits🙂

Again, thanks a lot.