Tangan menyuap nasi perlahan-lahan. Tokwan pula sedang mencedok seekor lagi ikan kembung masak kicap ke dalam pinggannya. Kemudian, Tokwan mencedok pula bendi goreng ke dalam pinggan. Sekali. Dua kali.

Pap!

Mata Neil terbuka luas bila Tokwan tiba-tiba meletakkan bendi goreng itu ke dalam pinggan nasi miliknya. Terkebil-kebil dia memandang Tokwan. Dia menelan air liur.

“Apa yang duk tengok Tokwan gitu gaya?” Tokwan ketawa perlahan.

Bibir Neil perlahan-lahan menguntum senyuman. Sudah! Tokwan perasan rupanya. “Orang tengok tokwan ni awet muda betul. Tu yang tengok tak berkelip tu.”

“Isy! Mengarut budak ni!” Spontan Tokwan mencebikkan bibir. Meletus juga ketawa Neil di meja itu.

“Neil duduk sini sampai bila?” Soal Tokwan lagi. Perlahan-lahan soalan itu mematikan ketawa Neil.

“Lusa orang baliklah.”

“Sekejap sangat.” Tokwan memang tak dapat menyembunyikan riak putus asa di wajahnya. Helaan nafas berat terlepas juga. “Iyalah… orang tu bukannya sudi nak teman tokwan. Sibuk memanjang.”

Habislah! Tokwan dah merajuk pula. “Alah tokwan… kejap je Neil balik KL. Nanti bila dapat cuti lagi Neil balik sini teman tokwan.”

“Kejap kamu tu bukan boleh kira. Kejap kamu tu berbulan-bulan.” Muncung Tokwan makin panjang.

“Tokwan…” Haru juga bila Tokwan dah merajuk begini. Serba-salah dibuatnya. “Bulan puasa dah nak dekat kan. Nanti kita puasa sama-sama, raya sama-sama ya Tokwan?” Neil menguntum senyum madu lagi. Cuba memujuk.

Tokwan tak menjawab. Cuma meneruskan suapannya dengan riak yang sama. Aduh! Parah kalau macam ni….

“Neil janji Neil balik.”

“Betul?” Tokwan meminta kepastian.

Neil mengangguk perlahan.

Tokwan tersenyum ceria. Bercahaya wajahnya. Menghilangkan gundah yang bertapa di hati Neil. Susah juga nak pujuk orang tua ni bila sekali dia merajuk. Kalau tak dipujuk betul-betul, karang parah jadinya. Bukan setakat kena buang keluarga. Silap-silap kena buang dalam laut tempat Firdaus menjala ikan tu ha.

Namun, dia sedar, demi menggembirakan satu hati, ada satu hati bakal terluka. Nun jauh di gelombang hatinya, ada satu rasa yang berbeza timbul.

Nasiblah engkau Haidhar. Beraya seorang je lah engkau jawabnya.

~to be continued~


Kesian tengok blog berhabuk…

Tapi.. . seriously, otak tengah jammed sekarang.

Jammed bukan sebab tak ada idea, tapi sebab banyak sangat ranting-ranting tumbuh. Sampai tersangkut-sangkut kat ranting.😛

Tapi, masa tak pernah nak cukup. Oh, bukan!

Diri sendiri yang tak pandai urus masa sebenarnya😛

Alhamdulillah untuk 24 jam yang diberi. Banyak benda boleh buat.


And I was hoping I’m not duplicating others’ style.

Kalau terasa style saya ada ‘mirip-mirip’ orang lain… sila ‘sound’ yek.

Well, pengaruh ‘e-novelists’ sangatlah kuat. Takut terjadi ‘bukan diri sendiri’.🙂

Jadi, cetak-rompak-miss-saffaa pulak karang. Isy! Tak syoklah!😛


Kewajipan lebih banyak daripada masa yang ada.

O’ Allah, give me, give us the best as You know whats the best.


Take care of your health. Banyak sangat kes H1N1 kat negara kita sekarang ni.

Take care of yourselves.

Anyway, enjoy reading, enjoy stamping your footprints.

Keep praying.


Regards,

miss-saffaa🙂


p/s: Dah lama tak ‘membebel’. Sorry kalau jarang-jarang update dan reply komen. I’m learning from polar bear.😛