Islamic Greeting Card by Alhabib. Visit www.al-habib.info for more greeting cards like this!
Islamic Greeting Card

Assalamualaikum warahmatullah…

Eid Mubarak. Selamat Hari Raya Idulfitri. Moga hari raya ni kita sesuci fitrah bayi yang baru dilahirkan tanpa sebarang dosa.

Kullu ‘am waantum bikhair.😀 (this is what written on the pic above)

Maaf andai terasa, maaf andai tersilap kata, malas jawab soalan, komen😛. Terutama untuk pelawat setia, baru dan lama blog ni. Maaf untuk segalanya.

Untuk yang bakal balik kampung, selamat pulang. Hargailah masa-masa yang ada dengan keluarga kita. Bukan semua orang dapat nikmat tu, jadi bersyukurlah. (sob… sob… hehe… I never cry on Hari Raya. :P)

Yang memandu, drive baik-baik, baca doa, mohon perlindungan daripada sebarang malapetaka.

Yang naik bas, train, aerobus, naik kaki dan sewaktu dengannya, pun samalah. Sama-sama doa.

(Sedih nak letak kad ni sebenarnya… Ramadhan is leaving… but time goes on as usual. Kerja makin bertambah. Hari-hari balik terus nampak katil je, takut tak sempat nak update blog lepas ni, jadi memang kena letak kad cantik ni siap-siap. :P)

Ya Allah, terimalah puasa kami.

Ya Allah, terimalah solat, ruku’ dan sujud kami.

Ya Allah, terimalah ibadah kami.

Ya Allah, layakkanlah kami untuk memasuki syurga-Mu melalui pintu ar-Rayyan, iaitu pintu bagi orang-orang yang berpuasa.

Ya Allah, pertemukanlah kami dengan lailatulqadr, walaupun hanya sekali seumur hidup kami.

Ya Allah, jadikanlah kami hamba-Mu dalam erti kata yang sebenar.

Ya Allah, istiqamahkanlah kami dalam beribadat kepada-Mu walaupun Ramadhan akan berlalu pergi.

Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami yang telah lalu, yang sedang kami lakukan, dan akan kami lakukan.

Ya Allah, kami berlindung dengan rahmat dan kasih sayang-Mu, janganlah engkau jadikan kami golongan yang disebut dalam hadis ‘celakalah bagi mereka yang mendapati ramadhan lalu ia keluar darinya sedang ia tidak diampunkan oleh Allah akan dosa-dosanya’.

Ya Allah, andai ini Ramadhan yang terakhir kami, jadikanlah Ramadhan ini Ramadhan yang terbaik dalam hidup ini.

And ask everything you want. Anything… He’ll answer you.😀

“Sesiapa menghidupkan malam hari raya fitrah dan malam hari raya korban, nescaya tidak akan mati hatinya pada hari mati hati-hati”. (Riwayat Imam at-Thabrani dari ‘Ubadah r.a.)

Ni hadis fav saya untuk part hari raya. Jom kita sama-sama hidupkan hati kita yang kelam, kelabu asap ni ye😀

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

And the 3Ds in my heart.

~Delight

~Dear

~Daddy

Happy belated+becoming birthday.

Semoga menjadi hamba yang lebih rapat kepada Penciptanya sepanjang pertambahan usia.

I.Love.You.

p/s: Thanks a lot for the comments on KMR. Ngee~ ada orang tu sengih tak cukup satu hari baca komen😛. Siapa-siapa yang tak beli lagi, silalah order dengan Jemari Seni or beli di mana-mana kedai yang ada jual. Hadiah (a.k.a cacing kerawit tak cukup makan) tu ada lagi untuk sesiapa yang order cepat daripada publisher saya yang budiman, sanggup melayan kerenah macam-macam orang.😀 Kalau terlambat, minta maaf la. Tak dapek den nak nolong😛