M: Thinking of ordering something from there.

D: If my kilo not going to exceed.

M:I promise it wont exceed 2kg.

D:Nak suruh beli apa?

M:Something nice.🙂

D:Pyramid?

M:Hmm… (a mummy sounds better than that😛. Boleh letak dalam muzium *gelak jahat*)😛

D:Unta?

M: *rolling*(daging unta? hati unta?). What about papyrus bookmark. Orang boleh guna bila-bila je.

D: Ok. Nak yang macam mana?

M: Whatever nice in your eyes. As long as its not Firaun. And make sure its zikrullah.

D: Ok.


***Edited Version.

Thats how you(the 100 lucky persons) got’em. Make full use of it, hopefully.😀

A big credit to Delight for buying them. Then fly together with those amanah before they come to my and your hands. And most probably, the expressions a.k.a words in arabic you found in KMR were from her.😀

(Gambar di’kidnap’ dari buletin Jemari Seni)

Jazakillah khairan jaza, Delight. (I forgot to capture my self-pic around the scattered bookmarks, the ‘cakar ayam’  and books for exam hari tu so I can show it to you :P)

And jazakumullah khairan jaza.

~~~

Sneak peek🙂

[Tiada kena mengena dengan dialog di atas. Cuma ingin berkongsi segala fakta dan latar bahagian ini benar-benar berlaku dalam ‘REALITI’. Bukan pengalaman saya, tapi… pengalaman ‘mereka’🙂 . Dan keadaan ‘SEBENAR’ lebih ‘DAHSYAT’ dulu hingga kini(pembinaan tembok besi bawah tanah oleh negara Firaun Mesir). Teruskan membaca Qunut Nazilah dan berdoa untuk saudara kita di sana.]

TEKSI MEREKA BERHENTI. Di bahu jalan, kenderaan lain bersusun menantikan giliran untuk diperiksa. Matahari yang menyengat dengan debu-debu berterbangan bukan sahaja memanaskan persekitaran. Malah, menusuk hingga ke hati.

Pemandu teksi itu berpaling ke belakang, melihat penumpang yang diangkutnya.

“Di hadapan ada pemeriksaan tentera. Biasanya mengambil masa berjam-jam. Kadangkala, dalam sehari perjalanan ada enam puluh checkpoint pemeriksaan. Entah apa yang mereka tidak puas hati, saya pun tak faham. Tapi kami di sini sudah biasa.” Tutur pemandu teksi berbangsa Arab itu dalam bahasa Inggeris dengan fasih sekali sambil menurunkan kaca tingkap. Angin yang berhembus memasuki ruang dalam teksi.

Izzat menangkap beberapa orang anak gadis, beruniform sekolah; blaus biru cerah dan skirt labuh biru gelap merusuh dan memarahi tentera Israel yang menghalang perjalanan mereka.

“Kenapa tu?” Terlontar soalan itu daripada mulut Izzat

Semua mata tertumpu pada pemandangan yang dimaksudkan oleh Izzat.

“Oh… itu pelajar yang ingin ke sekolah. Mereka selalu dihalang untuk ke sekolah. Itu yang mereka melawan. Askar Yahudi ni memang kejam.” Sahut pemandu teksi itu lagi.

Sekumpulan pelajar itu kini dilihat melabuhkan punggung ke atas tanah. Tidak menghiraukan pemeriksaan tentera itu. Dalam kalangan mereka, berdiri seorang wanita yang berpakaian biasa; tidak menyarung uniform sekolah, memegang sebuah buku di tangan.

Buku itu kemudian ditutup dan dihulurkan pada salah seorang pelajar. Di tangannya kini seketul batu sebesar genggaman. Tangannya melarik batu kecil itu seolah-olah sedang menulis di atas permukaan tembok yang berhampiran. Tindakan wanita itu mengagumkan Izzat. Matanya tidak lepas menyaksikan perbuatan sekumpulan pelajar itu.

Apa yang ditafsirkan matanya kini, wanita yang menconteng dinding itu adalah seorang guru. Dan dia sedang mengajar di checkpoint itu? Subhanallah! Mereka masih meneruskan aktiviti menuntut ilmu walaupun disekat oleh tentera-tentera tidak berperikemanusiaan itu. Para pelajar itu tekun mendengar apa yang disyarahkan oleh guru mereka. Sesekali menoleh pada buku di tangan, kemudian bertanya kepada si guru. Biarpun mereka disekat sebegitu rupa, semangat untuk mengajar dan menuntut ilmu itu tidak pernah luntur. Kalaulah anak-anak muda di Malaysia mempunyai semangat seperti ini, pasti Organization of the Islamic Country (OIC) bukan sekadar pada nama. Malaysia sebagai Presiden OIC pasti dapat melakukan sesuatu yang hebat!

Benar! Generasi muda kinilah harapan agama dan negara. Tegaknya sesebuah tamadun itu kerana kehebatan pemuda-pemudinya. Tetapi sayang sekali, apa yang diidamkan itu belum terjadi di hadapan mata. Kalau tidak melepak, membuat maksiat tanpa menoleh kiri kanan itu tak sah! Sudahnya, duit kerajaan habis berjuta-juta kerana menjaga banduan di penjara. Kalau tidak memenuhi kelab malam, semata-mata untuk mencari ketenangan yang kononnya ada di situ, bukanlah anak muda namanya. Kadangkala, yang tua, yang kubur dah memanggil itu pula yang lebih. Malu!

“Mereka belajar di situ…” tutur Izzat tanpa sedar.

“Ya. Keadaan begitu memang biasa terjadi. Ilmu itu sangat penting. Bahkan, taraf orang-orang yang berilmu itu tinggi di sisi Allah. Kami memang diasuh sebegitu, agar tekun mencari ilmu. Tidak kira di mana atau apa jua keadaan. Biarpun pada ketika senapang diacukan pada kepala kami.” Pemandu teksi itu terangguk-angguk. Penuh semangat dia bercerita.

“Kamu kelihatan masih muda. Pernah belajar di mana?” Helen mencelah. Soalan yang diajukan tiba-tiba merubah wajah pemandu teksi itu. Kelat.

“Umur saya tiga puluh tahun. Saya ada dua ijazah, satu dalam kejuruteraan, satu lagi dalam bidang komunikasi. Tapi… sayang, kami tidak dibenarkan bekerja.” Sayu menyelubungi.

Izzat pula diserang rasa kagum. Pemandu teksi mereka ini bukan calang-calang orang. Patutlah dia berupaya berbahasa Inggeris dengan fasih sekali.

“Tak akan tidak ada pekerjaan di Palestin?” Daud yang sedari tadi membisu kini bersuara.

Helen yang duduk tempat duduk sebelah pemandu berpaling. Turut mengharapkan jawapan.

“Semua Yahudi di sini kejam! Mereka sudah membuat perjanjian dengan kerajaan supaya tidak membenarkan orang Islam Palestin bekerja. Kalau ada pun yang ingin mengambil kami bekerja, hanya sekejap sahaja. Kemudian tempat itu akan diserbu oleh tentera. Pemiliknya akan dipaksa supaya memecat pekerja beragama Islam.” Satu keluhan berat kedengaran. “Adik saya tidak sempat menghabiskan pengajiannya. Tidak sempat dia bergelar doktor kerana hospital tempat para pelajar membuat praktikal telah dipisahkan oleh tembok itu.” Jarinya menuding pada tembok batu setinggi 12 meter dengan besi berceracakan di atasnya.

Di tembok itu tertulis perkataan ‘La lil jidar’ dalam tulisan Arab. Tulisan yang bermaksud, ‘Katakan tidak pada dinding’ menunjukkan betapa terhalangnya segala aktiviti mereka dengan kehadiran tembok ‘hodoh’ itu. Tembok yang membentuk penjara terbesar di dunia itu memang benar-benar menghalang rakyat Palestin daripada dunia luar.

“Kamu semua daripada mana?” Soalan pemandu teksi itu memecah sunyi yang baru sahaja ingin timbul.

“Edinburgh, Scotland.” Helen kini menjawab.

“Oh… Scotland… United Kingdom… Britain… Balfour…” Sepatah-sepatah perkataan itu keluar daripada mulut pemandu teksi.

Izzat terkedu. Nyata hati pemandu teksi ini terluka. Perjanjian Balfourlah yang menyebabkan tanah Palestin jatuh ke tangan Israel. Kerana perjanjian bodoh itulah Yahudi mengiktiraf negara haram mereka, Israel. Dan kini pemandu teksi membawa manusia yang datang dari tanah yang berkaitan kehilangan negaranya itu.


(Kemilau Mutiara Raudhah, m/s 547-550)