Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh🙂


Post sempena KLIBF 2010.

Jangan lepaskan peluang ‘melawat’ dan ‘memborong’ di booth JS nanti.

(alasan tak jumpa buku JS tu tak valid dah. ahaks! :P)

Dan… jangan lepaskan peluang bertemu empat/lapan/sepuluh mata dengan Royal Family JS.🙂

(Saya? Jangan risau. Insya-Allah tiada di sana. :P)

AND…. LAST but not LEAST…😀

Meet DAMAI there!

Ceritera 1: Damai ~ Saidatul Saffaa

“Kamu orang mana?”
“Malaysia.”  Sekarang ni musim sejuk, tetapi dia rasa… panas.
“Panas ke?”
‘Pakcik’ muda ni boleh baca hati orang?
Kemudian…
Telinga sayup-sayup mendengar. Mata cuba fokus. Baju tu… topi tu… sesusuk tubuh itu. Ya Allah… apa yang terbentang di hadapan matanya ini?

Benarkah Tun Fatimah bukannya untuk al-Fatih?

Ceritera 2: Yang Jauh di Pulau ~ Noor Suraya

“Terima kasih,” kata Piyan.
“Bukannya buku ilmiah pun!” Dia merendah diri.
Piyan membaca catatan dia…

Sophan Sophian,
Selamat memasak! ~ Syuhada

“Formalnya.”
“Itulah yang saya tulis kepada setiap peminat.”
Kononnyalah dia pernah ada peminat selama ini. Inilah himpunan rasa sayangnya pada arwah tok dan ‘dia’ – si penjual ikan.
Cinta rahsianya!

Ceritera 3: Langit… Tetap Biru ~ Syud

Kata orang menunggu itu satu penyeksaan.
Kata Zahra pula, dia bukan menunggu. Cuma ‘dia’ sentiasa ada di situ, pada ingatannya.
Kata orang juga, bagaimana langit itu tetap biru…
jika ada awan yang meliputinya?
tika remang oren menjengah setiap senja?
Entahlah…. kerana pada Zahra, langit tetap biru!


Ingat lagi ke post penuh gambar ni? Any part of DAMAI never been published in this blog except below.😛

Teaser:~

KAKI DIAYUN perlahan-lahan. Mata meliar memerhati keliling lapangan terbang. Luggage yang tak sampai 20 kilogram ditarik dengan sebelah tangan. Sesekali dia berhenti kelelahan, menarik nafas. Tali knapsack yang melorot jatuh daripada bahu dibetulkan posisinya. Manusia yang lalu-lalang di keliling sesekali menarik anak matanya agar berhenti. Takut-takut ada yang dikenalinya.


Luggage diseret lagi dan disandarkan ke dinding. Nafas ditarik dan dihembus perlahan. Tidak jauh dari tempat kaki terpacak, mesin ATM HSBC tersergam gah berhampiran kaunter pertanyaan. Tanpa membuang masa, dia terus mengatur langkah. Roda luggage bukan main memekik saat diseret mengikut langkah kaki. Dah alang-alang jumpa ATM ni, baik keluarkan duit sikit-sikit. Mana dia ada cash Lira Turki sekarang ni. Walaupun mengikut SMS terakhir yang dia terima sebelum menaiki penerbangan mengatakan bahawa ada orang yang akan menjemputnya dari lapangan terbang, mana la tahu kan. Apa-apa pun boleh jadi.


Usai mengeluarkan sejumlah duit yang dirasakan cukup, dia terhenti lagi. Dahi berkerut-kerut memikirkan sesuatu. Macam dah lambat je. Lengan baju diselak sedikit. Dah dekat setengah jam dia sampai kat airport ni. Kenapa tak ada bayang-bayang orang nak menjemput pun? Handset yang bisu dari tadi dikeluarkan dari poket jaket. Patutlah bisu… lupa nak on! Sungguhlah… hilang ingatan betul.


Elok saja line roaming clear, ada mesej masuk. Matanya dibulatkan besar-besar apabila satu per satu patah perkataan dalam mesej itu dibaca. Tak boleh datang ambil… kereta rosak… naik metro…? Air liur ditelan. Mata berlari-lari ke keliling.


Pergi sendiri = seorang-seorang= alone?


Aku…? Alone? Matilah macam ni….


AND THE REST WILL BE IN DAMAI. Get your own copy at KLIBF 2010.🙂

~~~~~~~~~~~~~~~~


As usual, DAMAI is a very-very-very simple story. As I am a simple human being. And I dont know whats the complicated people been through. ahaks!😛


Whether you like it or not. Its up to you.🙂  And there’s nothing wrong to like it or hate it. The main point for me is the ’sharing’ and yours is ‘evaluating’.

[but Kaksu’s and Syud’s will never disappoint you. I bet this.😀 . Gerun tau dikelilingi this two superb writers. ]


Allah created the right and left cerebral hemispheres. And life is all about choosing between two. Good or Bad.


Sorry for the long hibernation.🙂  I’m going underwater again.



Lots of love,

Saidatul Saffaa🙂