Grr…. Sejuk sangat!

Ataupun… kalau pakai bahasa moden sikit, sejuk giler! Make sure sebut huruf ‘r’ kat belakang tu biar ada qalqalah kubra sikit. Walaupun, dalam tajwid huruf ‘ra’ tak boleh qalqalah kan. Inilah namanya, tajwid mazhab… err… mazhab M? Isy! Karang orang ingat mazhab Maliki pulak. Isy! Bukan! Bukan! M… for… mazhab ‘misteri’. Siapa ikut, insya-Allah sesat. Jadi, jangan nak pandai-pandai ikut ya! Buat-buat tak berapa pandai je!

Ya Allah! Tengoklah… sampai ke otak beku. Segala ayat dah berputar, turun sikit-sikit macam serpihan salji ni. Kemudian, mencair atas tapak tangan yang bersarung gloves. Astaghfirullahalazim! Dia main salji pulak! Cepatlah sikit jalan kaki ni. Sejuk tau tak!

Tapi meh kita cuba bahasa lain pulak. Hmm… contohnya, kalau pakai bahasa sains. Sejuk yang mencucuk-cucuk tulang sumsum. Sampai habis segala arteri dan vena mengecut ke tahap paling minimum.

Erk? Macam pelik jugak!

Apa kata dalam bahasa yang dia terror. Bahasa Matematik! Bukan terror sangat, cuma hari-hari kerja dia menghadap nombor. Nak buat macam mana. Kalau pakai bahasa matematik, darjah-darjah kepanasan sudah menurun ke negatif, cas-cas haba sudah bertukar kepada cas-cas sejuk. Eh? Macam pelik je bunyi dia kan? Betul ke matematik? Ke bahasa sains…? Tapi… tak kisahlah!

Dan kalau pakai bahasa klasik, dinginnya sampai menusuk  ke tulang sulbi.

Ha! Yang ni macam best sikit. Tapi… tetaplah… klasik. Haih… patutlah orang selalu cakap dia ‘klasik’. Dah memang otak ni suka betul pusing ke arah ‘klasik’. Walaupun, hakikatnya… tak adalah klasik sangat pun! Sulbi tu klasik ke? Entahnya. Pandai-pandai je budak ni mereka. Haih… perasan lebih. Nak buat macam mana. Terimalah dirimu seadanya.

Tak kisahlah… bahasa mana pun yang nak guna. Yang pastinya… muka dah rasa kebas, lutut ni macam dah beku. Macam dah tak ada darah mengalir je kat kaki tu. Tapi… kalau tak ada darah mengalir… tak adalah dia boleh tegak berdiri kan sekarang.

“Have a white christmas!” Seorang wanita yang berpapasan dengannya melaung kuat, sambil tangannya diangkat tinggi.

“You too.” Kepala dianggukkan.

Rasanya… orang tu patut wish ‘Have A White New Year’ kan? Sebabnya… dia nak sambut new year lagi dekat daripada Krismas. Jari mengira-ngira. Esok! Esoklah nak masuk tahun baru tu! Bukan new year 1 Januari tu tau. Tapi… New Year Hijri.

Tahun baru yang putih.

Putih… dengan salju yang kini turun menimpa windbreaker dan snowcap yang tersarung membaluti tubuhnya.

Dan putih… dengan hati yang suci bersih. Umpama bayi yang baru dilahirkan ke dunia.

Yes! Sekarang dia dah jumpa ucapan yang sesuai!

“Have a white and blessed new year!”

Itu ucapan dia untuk dirinya sendiri.

 

 

p/s: Siapakah dia…?😉

Tapi… nak minta maaf awal-awal. Bukan soalan kuiz, jadi tak ada hadiah.😦

Selamat Tahun Baru Hijrah.🙂


Love,

Miss-saffaa😀