#Nota kepala#

Ini kisah sekeping hati yang dicalit empat rona indah

sayangnya dia terlupa yang pelangi itu jalurannya tujuh;

dan salju pula jadi cair dipanah mentari

lalu berguguran dihembus bayu luruh.


Ini kisah sekeping hati yang berkali-kali diuji,

takkan bercahaya pelangi sebelum hujan,

takkan bersinar indah bintang-bintang

tanpa gelap malam.

Mak mahukan menantu seperti Sami Yusuf. Kalau bawa surah panjang dalam solat pun tidak mengapa kerana suaranya sedap. Misa pula lebih tertarik dengan bayangan Yusuf, pun punya suara yang merdu apabila bertakbir. Malangnya ‘Yusuf’ menolak cinta ‘Zulaikha’ walaupun jarinya terluka.

Tapi Misa, jari yang terluka boleh diubat dengan minyak gamat, luka di hati nak ubat dengan apa?

Ini perjalanan Misa mencari cinta. Empat lelaki seperti empat musim juga. Akhirnya Misa pasrah. Untuk mencari cinta antara Adam dan Hawa, dia harus mencintai dirinya sendiri. Dia harus mencintai Allah.

***

 

Buah tangan SAIDATUL SAFFAA kali ini dengan lembut mahu membawa anda mencari cinta yang hakiki. Mencintai diri untuk mencintai Allah.


 

#Nota badan#

Assalamualaikum warahmatullah🙂

Alhamdulillah.🙂 Yang dinanti-nanti [perasan? ;-)].

Asalnya dikenali sebagai ‘Sejernih Embun’ di ruangan mimpi ini. Penukaran nama, seiring dengan perjalanan. Tambahan, semestinya berjilid-jilid nak banding dengan yang dalam blog. Ahaks!😉

Cerita di belakang tabir, banyak! Tak tertulis dalam blog. Dalam Quartet, erm… mungkin tak jumpa juga.😉 ahaha… Allah lebih tahu.😉

Terima kasih, yang tak terhitung, terkira, ter-seterusnya untuk;

Cik Editor yang sangat sabar. Ikhlas🙂 . Puan pembaca pruf yang sangat tenang😉 . Terharu. Royal Family Jemari Seni. *claps* The cover, personally for me is simply beautiful! Seriously, reminds me of my childhood.  [They’re the first liner and must be put in the same first line.]

Mereka dan dia. Untuk segalanya.

Dan ANDA yang sabar menanti. Semoga sabar juga melayan ‘kerenah’ bayi baru lahir ni ya.*risau*

Err… sekali lagi nak pesan, tune down your expectation. Yang comot-selebet-tak sedap-terlebih masin-masam-kelat-hangit tu, yang itulah seadanya.🙂

Dan sebarang pertanyaan, pesanan, komen, kritik, senyuman bolehlah dihantar pada saidatulsaffaa[at]gmail[dot]com. Glad to hear from you. More than words can express.😀 Jazakumullah khairan.🙂

#Nota kaki#

Untuk baca bab awal klik di sini.

Pesanan online mulai 15 April 2011 di sini.

Atau, dapatkannya di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011. [Booth JS menanti anda semua!😀 ]


#Nota hati#

🙂🙂🙂

And I’m sharing my dreams. Do share yours!


Love in heart,

Miss Saffaa