Buku nota dibuka. Tangan mula mencatat isi penting yang didengarinya. Seorang lelaki baru memasuki kelas. Melintasi Prof. George yang sedang menulis penerangan di papan putih. Matanya terus beralih mengekori tiap langkah lelaki itu. Sampailah lelaki itu duduk di kerusi yang betul-betul membelakanginya. Kalau dikira dari depan, Miguel, lelaki yang baru masuk itu, Ingrid dan dia.

Fokus yang hilang dikembalikan pada papan putih yang penuh dengan catatan Prof. George. Mata kembali tunduk pada buku nota. Dan….

“Okay. Thank you class. Enjoy your weekend.”

Err… sebenarnya berapa lama fokus dia lari? Jam tangan dilihat semula.

Mata kembali pada lelaki yang ‘mencuri’ fokusnya pada hari itu. Ke lelaki ni yang masuk kelas lambat sangat…? Agaknyalah….

Pandai hati nak sedapkan diri sendiri. Lelaki itu dilihatnya sedang memasukkan bukunya ke dalam beg. Dan bangun menggalas begnya.

Dan… zapp!

Mata lelaki itu menikam tepat anak matanya.

Gulp!

Helen terus melarikan pandangan. Buat-buat menutup bukunya. Beg dicapai. Buku dimasukkan ke dalam beg. Sama ritmanya dengan lelaki tadi. Mata curi-curi memandang semula pada lelaki tadi. Dilihatnya lelaki itu mengatur langkah menuju pintu luar.

Dan… zapp!

Sekali lagi, lelaki itu memang sedang memandangnya.

Lagi sekali matanya dilarikan laju. Dia cepat-cepat bangun. Oh… tolonglah jangan malukan diri sendiri lagi Helen!

Bunyi hon dari luar rumah menariknya ke alam nyata semua. Bibir perlahan-lahan mengukir senyum. Ahh… kenangan itu. Tak mungkin dia lupa.

~to be continued~