“Pakcik ingat satu demi satu patah perkataan?”

Dia memandang Pakcik Ismael dengan riak yang tidak percaya. Dia sendiri yang pernah tengok dokumen original yang tersimpan di British Library pun ingat secara general saja. Tapi bila Pakcik Ismael bercakap mula dengan kepala perjanjian ‘Foreign Office’ sampailah ke tandatangan Arthur James Balfour, dia jadi hilang patah kata seterusnya.

 

Pakcik Ismael senyum. Lama. Dia membasahkan bibir bawahnya yang terasa kering. “Mana mungkin kita lupa dengan ‘jiwa’ kita sendiri Helen.”

Oh… jiwa. Ya. Mana mungkin kita boleh lupa apa-apa saja tentang ‘jiwa’ yang kita bernafas dengannya ini. Jiwanya sendiri sebenarnya diletak pada siapa, atau apa ya kini?

Pada dunia…? Atau pada Dia yang bersemayam di Arasy sana.

Asma’ pernah cakap pada dia, “Kalau nak tahu apa sebenarnya hijab yang menghalang kita dengan Allah, tengoklah apa yang yang kita fikir masa solat. Itulah hijabnya. Kalau tentang duit, maka duitlah yang menghalang. Kalau tentang jawatan atau kedudukan, itulah sebenarnya yang memberatkan roh kita daripada melayang bertemu dengan Pencipta. Kalau tentang seseorang, seseorang itulah sebenarnya yang menjadi hijab hubungan kita dengan Allah.”

Ahhh… siapa kata senang untuk menjaga hubungan agar terus bersambung dengan Allah. Tak ada apa yang senang dalam dunia ni. Nak syurga pun kena bersusah-payah. Inikan pula nak ‘bertemu’ dengan Allah nanti! Heh. Allah tahulah setakat mana usaha sendiri nak berjumpa dengan Dia, Helen. Tak perlu bersusah-payah nak menipu, perasan diri sendiri dah baik sekarang.

~to be continued~

p/s: Lelaki dalam gambar bukan Pakcik Ismael. Sekian, harap maklum.