Tangan menutup buku. Pandangannya dilontar jauh ke luar. Musim bunga menyapa salam dengan kuntuman segar di hujung ranting. Dia senyum. Lama.

Ramai yang menghargai kelopak indah. Namun sepicing pun tidak menghiraukan si kudup kecil. Ah… memang ramai yang memandang pada benda-benda besar, namun yang kecil tidak mahu dijaga dengan betul.

Semua orang punya mata. Tapi tak semua mata itu ‘melihat’.

Dia percaya, kerana benda-benda kecil itu; yang orang pandang sebelah mata itulah sebenarnya yang mengikat hati. Dan… akibatnya, bila terlupa menjaga perkara-perkara kecil itulah tergadainya perkara yang besar.

It’s the little thing that caught the heart.

Percayalah!

Cuma masalahnya… ada ke orang yang dengar kata hatinya-yang entah siapa-siapa ni?

~to be continued~