Assalamualaikum.πŸ™‚

Kadangkala kita memerlukan ‘breaks’.Β  Kan? I need to talk also. Not just my fictional characters in me only. *cough behind hand*

Jadi… macam mana nak mula. Mungkin dengan soalan cepumas yang saya selalu dapat dalam inbox, emel dan segala ruang ‘mesej peribadi’ (baca: private message :P). Selalu, tak adalah sangat (sebab saya jarang nak ‘study’ emel dan inbox). Kerap, hmm… bolehlah juga masuk kategori tu kot.

Okey. Soalannya macam ni; Macam mana nak menulis? [versi lain: Macam mana saya boleh menulis cerita menarik? (errr… walaupun saya sangat ragu-ragu dengan ‘menarik’ tu) Macam mana cari ilham untuk menulis? Macam mana nak mula menulis? Atau tips menulis?]

Personally, saya bukanlah orang yang layak pun nak tulis pasal benda-benda ni. Kenapa?

Sebab 1: Saya tak rasa saya ni menulis. Saya ni ‘tukang taip’ dan daydreamer.
Sebab 2: Saya bukan penulis prolifik. Baru 2 suku je pun, yang alhamdulillah Allah izinkan publish. Dah nak bising macam ‘pakar’. Ehemm. *sore throat*
Sebab 3: Saya bukan penulis best-seller. Sebab saya tak pernah mengharap ataupun faktor utama saya personally, honestly, tak pernah minta dengan Allah nak jadi ‘best-seller’. It’s totally out of my aim. My aim is… simply, my aim.πŸ˜‰
Sebab 4: Saya bukanlah orang yang konsisten menulis. Saya tulis, bila saya rasa nak tulis.
Sebab 5: Saya tak ada tips. Serius, tolonglah percaya!

Jadi jawapan saya *insert drum effect*.

Tanyalah kepada yang pakar.πŸ˜‰ Mungkin mereka yang bertanya tu, saya cadangkan klik di sini. Kalau tak berjaya, boleh check di Facebook Page JS Adiwarna dan selalu ikuti update tentang Bengkel Penulisan Anjuran JS Adiwarna. Siapa pengendali bengkel tu, of course Puan Munsyi Dewan terchenta, Kaksu.πŸ™‚ Insya-Allah sangat bermanfaat untuk mereka yang mencari manfaat.πŸ˜€

Zaman teknologi sekarang ni kan, ramai je yang jadi penulis cerpen, novel, artikel di blog masing-masing. Mungkin juga boleh tanya pada mereka. Sebab saya sendiri tak seaktif mereka.πŸ˜‰ Ehem… dah tua kan, tulang-tulang pun dah crispy. Masa pun macam nak kena banyak beramal untuk meluaskan kubur.πŸ˜‰

Kadang-kadang ataupun most of the time, mainstream banyak mempengaruhi kita. Kalaulah anda semua ni seorang pembaca (which is an essential factor for a writer), anda akan perasan cerita buku novel dan publisitinya ada trend tersendiri. Ada tema tersendiri. Tak kisah dalam negara atau luar negara. Contoh; trend sci-fi, vampire, sweety-lovey-dovey, kahwin kontrak, paksa, latar berkenaan Korea, Europe, Kampung Dusun, ala-ala Ibu Mertuaku, hero menjadi rebutan ramai atau kejam cool ala Tarabas(?), heroin yang super perfect macam Fantaghiro(?) dan sebagainya. Well, that’s trend and it’s normal. Tapi… kita boleh pilih untuk ikut trend atau go against the mainstream. Jadi, mana satu anda nak pilih?πŸ˜‰

Kadang-kadang. Oh bukan. Selalunya, sekarang ni… pengaruh kebaratan (yang kalau zaman saya muda-muda dulu kami panggil ‘budaya kuning’) sangatlah menguasai otak-minda-brain-pemikiran generasi sekarang. Kalaulah anda perasan… buku literature English zaman dedolu kala ataupun anda pernah tengok movie English klasik, pakaian pelakon perempuannya, kalau tukar topi jadi tudung memang perfect tutup auratlah.πŸ˜‰ Tapi… zaman sekarang anda kena twist everything against. Tengok dalam drama di TV negara Malaysia. Tengoklah jiran tetangga, kawan-kawan, anak, cucu anda… itulah yang dulunya kita selalu panggil ‘budaya kuning’. Sekarang… kita panggil ‘cara hidup moden’. Ohhh what a name…! Sekali lagi, anda boleh pilih untuk menulis dan menjadikan main bulk isi penting anda ‘cara hidup moden’ atau ‘cara hidup manusia yang bertamadun=Islam.’ Anda boleh emphasize adegan 18sx sebanyak 55 bab dan solat dalam satu scene terselit dalam tu. Atau sebaliknya. Oh… kalau anda nak tahu, secara jujurnya… ramai orang ‘cari’ adegan 18sx dalam buku terbitan JS dan JS Adiwarna namun kehampaan. Sorry to break your heart.😦

Kadang-kadang anda risau benda yang anda tulis tu orang nak beli ke tak. Atau orang nak baca ke tak. Live the present. Tulislah. Jangan fikir orang akan terima ke tak. Fikir, Allah nak terima tak apa yang kita tulis tu. One thing you should know, Allah tak pernah reject apa yang kita tulis selagi mana yang kita tulis tu adalah ‘kebaikan’. Jadi, kenapa tak start menulis sekarang? Doktor pun banyak belajar daripada salah. Eheemm *cough behind hand*. Kadang-kadang dengan buat salah tu Allah bagi kita ilmu dan hikmah. So… dont be afraid. Tulislah. Jangan takut selagi mana anda rasa Allah suka.

Kadang-kadang anda tulis… dah sampai bab ke 63, anda rasa stuck. Well, that’s should be normal I say. The easiest way is… plan what you want to write. Daripada scene nak kacau nasi sampai ke scene mimpi ngeri. Plan apa starting dan plan apa endingnya. Setiap scene dan setiap bab. Dan susun ikut kesesuaian. Taip ikut mood. Kalau nak taip scene sedih, pastikan anda menangis-nangis sambil menaip. ;-)Β  Kalau nak taip scene suspens berdebar, pastikan anda tak dapat heart attack sebab berdebar tu. Kalau tiba-tiba Allah bagi scene tambahan kat tengah-tengah tu alhamdulillah sangat. Say alhamdulillah, I mean it.

Kadang-kadang anda rasa macam nak pergi hotel yang balkoninya menghadap Laut China Selatan dengan angin sepoi-sepoi bahasa, letak meja dan laptop di balkoni dan menaip. Ataupun nak pergi Burj Al-Arab untuk menaip. Tapi… lupakanlah hasrat tu kecuali anda anak millionaire dan anda nak pergi bercuti. Bukan menaip. Sebenarnya, untuk menaip anda cuma perlukan laptop, meja kalau nak, dan kotak kosong yang boleh memuatkan anda. Anda duduk dalam kotak kosong tu, berchentalah dengan laptop anda tu. Oh lagi satu! Catatan dan nota, pelan, plot anda masukkan sekali dalam kotak tu ya.πŸ˜‰

Kadang-kadang anda dapat idea best masa anda baru nak lelap mata. Ataupun masa anda tengah drive, masa tu nak belok kat selekoh tajam, hujan tengah lebat. Kalau nak menaip, memanglah tak boleh nak menaip sambil drive. Jadinya, mungkin boleh tulis rough idea tentang idea tu dalam buku nota(ni stail saya) atau reminder smartphone yang sangat canggih dah tu. Nanti bila nak menaip, cari semua nota idea anda tu, bismillah dan taip semula.

Cuma nasihat saya, set your intention right. Niat tu boleh rosak dari awal, atau tercampur dengan niat-niat salah di tengah, ataupun hujungnya niat tu terpesong. Dan niat tu, kalau disandarkan pada benda yang fana which means benda yang akan mati, akan hilang… arakiannya akan hilanglah segala apa yang kita buat tu. Seeloknya dan semestinya, sandarkanlah pada pemberi paru-paru dan oksigen, jantung dan darah, otak dan segala proses yang sangat kompleks, pemberi ilham dan segala yang ada pada kita. Do it for Allah. Kalau terasa nak give up sekalipun, Allah tu ‘ultimate booster’ yang kita boleh dapat dalam universe.

You will wonder why thing that you’ve done didn’t last or stuck in the middle. And I will say, when your computer hang, you will need to push the ‘reset’ button. Your heart hung many times more than your pc. Reset your intention. Recheck if you ever write things that Allah doesn’t like. Say astaghfirullah, correct’em. And move on.

Ini adalah entri ‘kadang-kadang’. Sebab… kadang-kadang saya kan suka merepek banyak.πŸ˜‰ Dan every word goes to me-my ears-eyes-brain-heart first and counted for me more that it counts for you. Semoga jadi ingatan untuk saya dan manfaat untuk anda yang membaca. Terima kasih sebab baca sampai ke noktah akhir. Maaf sebab mengambil masa.

Doakan saya. Stay blessed.πŸ˜€