“Khatam al-Quran 30 juzuk. Hmmm…”

“So?”

“30 juzuk? Macam tu aje?”

“Heh. Sejak bila pulak al-Quran jadi 32 juzuk?”

“Siapa cakap macam tu?”

“Dah tu… yang duk kompelin orang punya checklist ni kenapa?”

“Lain kali… tulislah hari pertama nak khatam berapa page. Lepas tu, hari kedua berapa page. Hari yang ABC tu… bajet berapa hari, masukkan, bahagikan jumlah page tu dalam hari-hari awal ni ha.” Jari telunjuk berlari-lari atas kotak-kotak planner yang baru separuh berisi.

Misa garu kepala. “Hisy… penatla macam tu. Satu-satu kena tulis.”

“Sebab dah tahu kalau tak buat detail macam tu, mesti mengelat. Tahun lepas tak khatam kan?” Jari telunjuknya menari-nari di udara.

Misa mengherotkan bibir. Ceh! Kantoi sudah tahun lepas tak sempat khatam. “Tahun lepas silap kira. Tu la fasal.”

Mata masih berlari-lari mengikuti huruf demi huruf. “Kejap… kenapa hari keenam nak jemput Kak Wafaa iftar kat rumah? Hari keenam kita nak balik rumah Nenek la.”

Misa buat muka tak puas hati. “Sejak bila pulak hari keenam kita balik rumah Nenek ni? Orang tak larat dah nak modify planner ni tau.” Pen terus dicampak atas meja. Tangan disilang memeluk tubuh.

“Sejak saya dah siapkan planner saya.” Irfan tersengih menayang gigi. “Jap. Tepi sikit.”

Misa bergerak ke tepi. Hanya memerhati tangan suaminya membuka laci, mencapai buku nota kecil dari perut laci.

“Nah!” Buku nota itu dihulurkan kepada Misa. “Ambil planner ni… merge sekali dengan planner awak tu.”

“Lain kali kalau dah siap planner, bagi je la orang copy paste. Ni duk dera orang duduk kat kerusi meja ni, study buat planner Ramadan. Hisy!”

“Saja nak suruh isteri sendiri berusaha sikit.” Sengih mengusiknya makin lebar.

Misa buat muka tak puas hati. Huh! “Suka eh dera orang buat benda yang paling tak suka ni.”

“Those who fail to plan, plan to fail.”

“Yalah! Yalah! Orang merge sekali ni ha!”

1.Solat Jemaah [Min:5 kali sehari]

Heh? Jangan terkejut. Jangan terkejut. Minimum 5 kali solat fardu. Maksimum tu maksudnya tambah dengan tahajjud dan qiamullail tau.

3. Jemput orang buka puasa di rumah [Min:1kali seminggu] (Kalau tak dapat, ganti dengan 8)

Dia la tu yang kena masak tu.

8?

8. Hantar makanan ke rumah jiran [Min:2kali seminggu]

Dia jugak yang kena masak lagi ni kan maksudnya? Pandai eh tukang buat planner ni. Tukang buat planner kerjanya ‘menghantar’ makanan, tapi tukang copy planner kerjanya ‘memasak’ makanan yang ingin dihantar oleh tukang buat planner. I know how to read between these lines. Hmmm….

Misa menopang dagu sambil terus membaca planner yang bakal dia copy paste ni. Haih… rombak balik planner sendiri untuk kali ke empat puluh empat. Misa! Misa!

“Err… jap.” Misa berpaling pada Irfan yang sudah mahu melangkah keluar dari kamar. “Nombor 12, bagi hadiah pada pasangan ni kira awak je la kan? Saya tak payah letak dalam planner saya pun tak apa kan?” Misa sengih lebar. Seronok ni, ada orang masukkan dalam planner  nak bagi hadiah pada dia.

Langkah Irfan terhenti. Matanya dibesarkan. “Merge!”

“Baik tulis tukar-tukar hadiah dengan pasangan kalau macam tu. Ataupun, terima hadiah dari suami.”

“Planner tu tak boleh ubah. Fixed. Tulis macam tu jugak ya Cik Rumaisa’.”

“Saya tak nak bagi awak hadiah.” Dalam hati Misa dah ketawa besar.

Irfan menjelingnya tajam. “Tak nak bagi sudah.” Terus dia melangkah keluar dari kamar, menutup pintu.

Tawanya terburai juga selepas Irfan menutup pintu kamar. Tahu nak kenakan orang aje. See… your wife also pandai to kenakan orang ya, Inche Insinyur Pohon Nyiur.

Dalam hati sebenarnya sangat berterima kasih pada Inche Insinyur Pohon Nyiur sebab siapkan planner untuk mereka berdua. Semoga Ramadan mereka tahun ni lebih baik dari sebelumnya. Ameeen!