“Akak nak buat pembentangan pakai kertas mahjong ke?”

Nana sengih pada adik juruwang yang menghulurkan wang baki kepadanya.

“Setahu saya, zaman sekarang ni orang buat pembentangan pakai powerpoint. Tak main dah kad manila, kertas mahjong ni.”

“Taklah dik.”

“Ada kem motivasi ya? Biasanya penganjur kem pun kadang-kadang pakai kertas mahjong untuk program mereka.”

Nana geleng lagi sambil tangannya memasukkan duit baki ke dalam dompet. Ramah pulak adik juruwang ni. Kalau ikut hati, nak aje dia jawab ‘Adik banyak tanya sangatlah adik… tak larat akak nak jawab’. Tapi… tak sampai hatilah pula.

“Terima kasih.”

Nana mencapai kertas mahjong bergulung-gulung yang sudah diikat sekali dengan reben biru. Setelah adik juruwang membalas dengan ‘sama-sama’, dia melangkah laju keluar daripada kedai alat tulis itu. Takut adik tu tanya dia soalan banyak-banyak lagi. Karang, adik tu tanya soalan sama banyak dengan kertas mahjong yang dia beli… maknanya dia kena jawab 250 soalan la. Haih… tak kuasa eh!

~to be continued~

Ce teka, ce teka, Nana nak buat apa dengan kertas mahjong tu?😉

Siapa teka betul nanti beli hadiah bagi diri sendiri. Aci tak? *gelak jahat*