You are currently browsing the daily archive for December 16, 2012.

Assalamualaikum Waramatullah. πŸ™‚

Miss Saffaa datang lagi (baca dengan tone iklan Tora) untuk merepek meraban di blognya. Heh. Ini kan blog saya, suka hati sayalah nak tulis apa pun kan (OMG, ayat macam retis ditangkap melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya). Semoga perkataan yang saya tulis ini tidak dijadikan sebab saya tercampak ke neraka. Ameen!

Astaghfirullahal’azim. πŸ™‚

Bismillah. Nak tulis benda ni pun rasa takut. Intro hanya sekadar menghilangkan nervous. Saya lebih suka tulis di blog, walaupun ada Facebook untuk saya buat nota. Di blog, jarang orang singgah. Jarang orang nak skrol macam baru dapat ijazah dalam ‘scrolling’. Jarang juga orang nak like-like. Jarang juga orang nak komen. Cuma yang pernah baca buku saya, atau ter-google yang akan singgah dan baca post merepek saya.

Jadi pendek kata, jaranglah orang nak tersalah faham, jarang nak menghukum terang-terangan (well, people loves to hide behind a mask and shout out-criticizing aloud). Kalau mereka tak setuju pun, mereka boleh komen tidak setuju dan tak ada ‘scene cakar-mencakar’ macam di Facebook. Tak ada juga ‘red notice’ yang sikit-sikit menyala macam di Facebook. πŸ˜‰ ahah, ini bunyi macam mengata Facebook pula. (Padahal yang tulis post ini pun dah dapat Ph.D dalam jurusan ‘scrolling and liker’ di Facebook)

Post ini pun sebab saya terbaca sesuatu di Facebook. Ada yang dah lama saya baca. Ada yang baru. Cuma saya ni bukan orang yang pandai tulis ‘artikel’ dan tazkirah. What to do…. πŸ˜›

Antara Islam dan Muslim. πŸ™‚

Definisinya berbeza. Islam itu sempurna. Namun Muslim itu banyak kekurangan. Saya rasa,Β  kita semua ada ‘tendency’ untuk mengumumkan benda yang spesifik dan menyempitkan benda yang luas. Kita suka meletakkan label.

Mungkin Islam itu memerlukan bendera/label dalam era semua orang pun nak mengaku dialah paling ‘Islam’ (dengan maksud, dialah paling baik dan betul walaupun there’s no such thing as ‘I’m holier than thou’). Namun bukan mengikut acuan manusia. Islam itu luas. Segala yang baik molek itu Islam namanya. Andai ada serong dan cacatnya, maka itu bukanlah Islam. Janganlah sesekali sempitkan ertinya. Kalau tidak masakan Muhammad Abduh pernah mengatakan; aku pergi ke barat dan aku temui Islam tanpa Muslim di sana. Aku ke timur dan aku temui Muslim tanpa Islam di sana.

Sepertimana Islam luas maksudnya, begitu juga Muslim. Cuma Muslim itu tidak sempurna. Ada ketika dia salah, ada ketika dia betul. Dan Muslim yang melakukan dosa berturut-turut itu… Fasiq namanya. Bukan Kafir. Tak semudah itu kita melabel manusia.

Ya, tidak semudah itu meletakkan label antara Islam dan Muslim (serta Kafir). Walaupun kepada Hajjaj ath-Thaqafi yang membunuh Abdullah ibnu Zubair. Dan kalau kita baca kisah hidup Hajjaj, kita hanya baca tentang kejahatan, kezaliman beliau dan banyak benda-benda yang buruk saja (boleh semak buku sirah semula, sebab saya pun tak ingat dah). Saya suka ayat terakhir yang diucapkan oleh Hajjaj saat kematiannya. Saat kematian sangat menyedihkan dan menghinakan. Cuma ayat betulnya saya tak ingat. Maksudnya lebih kurang beginilah;

semua manusia mengatakan bahawa aku ini hanya layak berada di neraka-Mu,

namun aku masih percaya rahmat-Mu meliputi segala sesuatu,

sesuatu itu termasuklah diriku.

Dan tugas (ya, namanya tugas) untuk menulis dan membentuk satu perwatakan yang digelar ‘Muslim-Muslimah’ bukan satu benda yang senang. Apatah lagi dalam menulis tentang ‘Mukmin-Mukminah’. Lagi tidak senang, mengedit, menyemak, menyunting perwatakan tersebut untuk para editor. [Dan bab ini saya salute para editor saya :-)]

Watak dan perwatakan itu, mereka tidak sempurna.

Namun dalam masa yang sama mereka bukan Fasiq.

Mampukah saya untuk membentuk satu watak Muslim-Muslimah, Mukmin-Mukminah kalau saya sendiri pun tak mampu nak jadi salah seorang daripada mereka. Mampukah satu pohon yang sihat dan baik tumbuh dari hati yang kotor.

Atau saya tulis saja ikut suka hati saya; yang buruk busuk hapak tapi saya sembur minyak wangi sebotol, hias cantik-cantik kulit luarnya seolah-olah intinya sangat baik, kemudian saya iklankan bahawa saya tulis benda yang baik dan sejahtera?

Orang yang hatinya lebih bersih menggeleng kepala bila baca (saya boleh bayangkan para editor saya yang menggeleng bila baca benda merepek yang saya tulis :-P), dan orang yang hatinya kotor mengatakan benda yang saya tulis tu sangat baik! [baca: Islamik]

Sama ada yang menulis itu imannya sakit, atau yang membaca itu imannya tenat.

Haih… kan saya dah kata… susah nak terangkan.

Alhamdulillah, saya menulis dalam keluarga besar Jemari Seni. Semoga empayar Jemari Seni dan JS Adiwarna (dan apa-apa juga nama adik-beradiknya akan datang) diwarisi oleh orang yang baik-baik sifatnya seperti para pengasasnya, atau mungkin lebih dan bertambah baik. πŸ˜€

js

It is not an easy task, and will never be. As it never was.

The Owner

Words from owner

~Hakcipta TERPELIHARA~ Sebarang penyalinan hendaklah mendapat izin PEMILIK terlebih dahulu

author can be reached through:

saidatulsaffaa

[at]

gmail[dot]com

YM:saffaasayyida

The sun’s path

December 2012
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Click to order ^^

1102605_609122925812445_978077605_o

Cebisan Mimpi

I
[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12]

Kalau Tuhan Katakan Jadi

[1] [2] [3] [4] [5]

Koo’tΓΌr

[1] [2] [3] [4] [5] [6]

Leave your footprints too!

nai on Break 49
hadiati on Rona Biru Tua
rumaisaa' on Break 49
miss saffaa on Break 48 [Busana Nana]
Sahabat Syurga on Break 48 [Busana Nana]

Blog Stats

  • 56,570 Allah's slaves visiting
FREE PALESTINE
counter free hit invisible