“Kau mimpi kahwin dengan siapa? Mamat yang hari tu datang kat meja kita masa kita makan tu ke?”

Hisy! Anak mak datin tu?” Nana berpaling sekilas pada Huda. “Idakler…”

Huda menepuk lengannya. “Kau serius dia tu anak mak Datin?”

Nana mencebik bibir, angguk.

“Kau serius tak nak anak mak Datin tu?”

Nana geleng. Kaki terus melangkah melepasi rak-rak yang menempatkan beg. Hari ini Megamall tak ramai orang sangat. Sebab tengah minggu kut. Nasib baik juga. Kalau tak, Nana tak nak bersesak-sesak, berlaga punggung bila lalu tengah-tengah rak yang sempit ni. Hari ni ada ekspo beg tangan pula. Katanya berjenama, tapi… kalau bagi pada Nana… asal murah, boleh pakai… tak ada cap jenama pun tak apa.

“Rugilah kau tak nak anak orang kaya.” Huda geleng kepala kali ni.

“Tak nak aku orang kaya. Nanti susah aku jugak.”

Lorh. Apa yang susah. Cuci kaki je. Semua benda dah siap kalau kahwin dengan orang kaya ni.”

“Bukan masalah tu.”

“Dah tu?”

“Anak orang kaya ni, lifestyle dia orang pelik. Kalau dapat yang suka clubbing, bersosial tak tentu arah tu kan aniaya diri sendiri namanya. Nanti dia pasang spare part sana-sini.”

Huda mencebik bibir melihat Nana sudah mencapai sebuah beg sandang tepi warna pic di rak. “Kau ni tak baik stereotaip orang. Mana tahu dia tu kaya beriman. Boleh jadi imam. Sejuk hati kau.” Tangan Huda diletak di dada.

“Kalau kau nak sangat… nanti aku beritahu dia eh?” Nana letak beg warna pic ke atas rak semula. Kaki terus melangkah meninggalkan Huda yang terpinga-pinga di belakang.

“Eh! Kita cakap fasal mimpi kau, kau babitkan aku pulak!” Huda hampir menjerit dengan kaki diatur laju menyaingi langkah Nana.

~to be continued~

🙂 Hadiah. Buat lepas rindu pada saya… eh…silap. Lepas rindu pada Nana.😉