Awan yang berpintal-pintal ditenungnya. Penuh awan hari ni sampai tak nampak sangat biru langit tu. Dia pernah baca, sebenarnya… warna biru langit tu adalah kesan pantulan cahaya matahari pada laut. Sebab itulah langit nampak biru. Cahaya matahari yang kita nampak putih itu sebenarnya mengandungi tujuh warna pelangi. Yang paling pendek adalah ungu dan yang paling panjang adalah merah. Jadi, bila senja kita nampak langit merah sebab serakan warna merah saja yang tinggal.

“Hoi! Makcik termenung!” Tepukan di mejanya, walaupun perlahan cukup untuk menyentakkannya kembali ke alam nyata. Muka Huda yang berdiri tegak di depannya dipandang geram.

“Tak payahlah sampai ketuk-ketuk meja.”

Huda menarik kerusi, melabuhkan punggungnya. “Dah lebih 15 saat aku tercacak kat sini, kau tu yang jauh sangat naik ke bulan.”

“Naik ke langit bumi je.” Selamba Nana menuturkan.

“Ha ni… kenapa pula ni? Customer lari?” Nana membetulkan duduknya bila Huda sudah mula menyoal.

Kepala digelengkan. “Hari ni… enam batang jarum patah.”

Huda membesarkan matanya. “Kau jahit batu ke apa?”

Nana mencebikkan bibir bawah. Muka macam nak menangis. Kepala digeleng lagi.

“Dah tu?”

“First time jahit getah kain.”

“Kak Zatil marah?”

Nana geleng lagi.

“La… ingatkan kena marah. Dah tu kenapa?”

Satu keluhan lahir dari hembusan nafasnya. “Macam nak give up. Tak nak menjahit dah.”

Huda tepuk dahi. Macam itu pula dah….

“Aku rasa memang tak berbakat la bab menjahit ni.” Nana menutur separuh merengek.

Sekali lagi Huda tepuk dahi. “Nana, ni bukan masalah bakat. Ni masalah kau nak usaha ke tak. Kan misi kau, usaha tangga kejayaan.”

Bahunya dilonggarkan. Kolam mata rasa penuh tiba-tiba. Rasa sebak mula membuak-buak di dada.“Bukan tak usaha. Enam jarum patah.” Kolam matanya tiris juga setitis. “Getah tu baru berjahit dua inci. Kalau nak habis jahitkan getah tu… sedozen jarum pun belum tentu cukup.”

“Err… excuse me, Cik Nana?” Suara seorang lelaki menyebabkan Nana spontan mengangkat muka tanpa sempat menyapu mutiara jernih yang berlari setitis dua di pipinya.

Dan wajah itu menyebabkan Nana kehilangan patah kata yang seterusnya. Salur darah terasa mengembang 200%.

~END OF E -VERSION~

🙂 Terima kasih sudi membaca. Mohon doa yang berterusan ya.😀