Bila kita hidup di zon selesa. Benda kecil pun kita nampak macam besar. Seolah-olah kita mengalami delusi ilusi. Setiap hari.

Bila kita duduk di langit, kita nampak bumi ni sebagai ‘a whole thing’ dan kita nampak ‘the whole events’ yang berlaku. Baru kita sedar… cabaran yang kita hadapi atau masalah yang membelenggu kita tu kecil sangat. Macam noktah kecil dengan mata pen super fine 0.5mm di kertas mahjong yang besar. Sampai ke tahap, kalau kita nak tengok noktah tu kena ambil kanta pembesar baru nampak. Ataupun macam bakteria dekat tapak tangan kita, yang walau banyak macam mana pun, kena pakai mikroskop.

Bila duduk di zon selesa, rasa macam… hopeless. Rasa macam terlalu lemah. Nak buat itu ini tak boleh. Nak berjalan pergi kedai 1Malaysia yang boleh sampai dengan jalan kaki tak sampai 5 minit pun rasa tak larat kalau tak ada kenderaan bergerak untuk pergi. Walaupun hakikatnya… rasa lemah tu sebenarnya rasa malas.
Rasa macam kalau tak ada baju raya walau sepasang pun tahun ni, rasa macam teruk gila hidup. Rasa macam kalau tak ada katil dengan tilam spring boleh jadi insomnia. Padahal kalau tidur atas kayu pun boleh terbabas subuh. Heh.
Rasa macam kalau tak ada internet tu tak boleh nak menaip. (Walaupun hakikat sebenar internet dalam dunia menulis saya tu lebih kepada distractions daripada needs). Padahal boleh aje nak tulis pakai tangan (as I used to) dalam buku nota di mana-mana saja pergi. Ataupun kalau ada komputer, boleh aje nak buka Word Sheet tanpa internet.
Rasa macam nak telan teh hijau tak ada gula tu jadi tercekik. Padahal memang minum teh hijau tu sebab nak cut-off penggunaan gula harian. Rasa macam kalau hidup takde gajet terbaru beribu ringgit macam its the end of the world.

I feel soooo ridiculous.

Padahal orang kat sebelah glob sana, ada yang kebuluran berbulan makan pasir aje. Ada orang kat belah sana mati kena tindih runtuhan rumah selepas dibom. Ada orang sebelah sana, nak tulis nota pakai batu. Ada orang nak solat kena menyorok supaya tak ditembak.

Bukan nak kata hidup tak boleh selesa. Boleh. Islam tak kata umat dia kena jadi miskin sentiasa. Bahkan, para sahabat dulu pun kaya-raya gila punya kaya daripada kita sekarang yang hutang keliling pinggang kot. Cuma bezanya… para sahabat, tabieen bagai tu guna kekayaan mereka setakat perlu. Dan yang lebihnya mereka bagi pada orang lain, guna untuk Islam

Ini… kita… perabot dah penuh dalam rumah. Elok lagi, cantik lagi… saja nak tukar fasal promosi raya dekat IKEA murah sangat.

Lebih pada kehendak daripada keperluan.

Dan lagi teruk. Ramadan nak dekat ni pun persediaan macam hampeh. Solat fardu pun sengaja nak lambatkan fasal cerita kat tv belum habis. Solat sunat pun hari-hari duk main diskaun untuk diri sendiri. al-Quran pun tak habis-habis nak beri dalil pada diri sendiri yang kalau baca satu ayat pun banyak dah pahala. Zikir doa itu ini… bila terpasang radio IKIM aje dalam kereta.

Enough is enough.

I’m not talking about you. I’m talking to me. About the ridiculousness I felt in me and my surroundings. I don’t want to write this. But if I don’t. I will just go on with the same ridiculous-lifestyle.

I need to read this. Again and again.

And why I wrote this now. Because Ramadan is coming. And it always remind me of the moment I ‘sold’ my words, my dreams to people. The moment KMR was published.

Which in turn… is a THREAT to myself… if on that Big Day, I’ll be asked;

Why didn’t you walk your talk?