Assalamualaikum,

Lama sangat tak menaip sesuatu. Rasa pelik.

Satu, kerana pasca banjir… laptop saya rosak. Ini saya pinjam laptop ayah saya. (Dan tolonglah doakan hard disk saya dapat berfungsi dengan baik. Banyak sangat khazanah yang tersimpan. Please… please…)

Dua, hari ini… saya berkejar shift yang panjang. Sepatutnya saya sudah tidur. Namun, ada tugasan sedikit yang perlu disiapkan. Jadi, saya belum tidur, ditemani cerita ‘Frozen’. Ahah!

Alhamdulillah.

Terima kasih untuk review dan komen-komen.

Saya setuju dengan kebanyakan komen anda tentang Busana Nana.

Ada yang beritahu saya, ceritanya sangat ringkas.

Betul! Itu tujuannya.

Ada yang beritahu, jalan ceritanya tak diolah dengan panjang.

Betul! Memang itu tujuan saya.

Ada yang beritahu, macam Majalah Solusi.

Errr… ini saya rasa jauh panggang dari api. Sangat.

Apapun, ‘ala kulli hal. Alhamdulillah. Terima kasih untuk mereka yang masih sudi membaca, memberi komentar. Ikhlas dari hati, saya syukur sangat-sangat. Ada benda yang saya terlepas pandang, orang ingatkan. Alhamdulillah. Boleh saya jadikan panduan untuk contengan saya yang seterusnya (dan tak tahu bila, memandangkan saya belum punya bajet dan kesempatan untuk membeli atau membaiki laptop lagi).

Busana Nana itu memang sengaja saya tulis dengan ringkas. Saya cuma sebut benda-benda yang simple. Yang jadi hari-hari. Antara kita lihat atau tak, sedar atau tak. Entah kenapa, semasa saya merangka dan menaip Busana Nana, ada satu kata-kata yang terngiang di minda.

Semakin matang seseorang itu, semakin dia memandang penting benda-benda yang kecil.

(Maksudnya bukan dalam konotasi negatif ya)

Benda-benda kecil itu, seperti… cara kita bercakap. Cara pemilihan perkataan. Barangkali cara kita berjalan, cara kita memegang pena. Cara kita memandang sesuatu pendapat, menerima dan menolaknya.  Cara kita melihat dan memerhati sinar mentari hari itu. Cara kita melihat titis hujan satu demi satu.

Boleh jadi, sebelum ini… kita fikir… hadiah harijadi setiap tahun itulah merapatkan kita. Namun, usia dan pengalaman mengajar kita… sebenarnya yang merapatkan kita itu boleh jadi saling tolong membeli makanan untuk rakan sekerja yang sangat sibuk. Boleh jadi cuma menawarkan susu kotak Dutch Lady Coklat. Boleh jadi, menawarkan diri untuk mengecas telefon kawan yang kehabisan baterinya. Boleh jadi… sekadar meminjamkan riba sekejap untuk dia, menumpang kepala, melepaskan lelahnya seharian menangani manusia yang pelbagai kerenah.

Kita fikir… kita mengubah dunia dengan mengubah segala isinya. Namun, semakin matang… semakin kita sedar… cara kita melihat dan menangani dunia itu yang mampu mengubah dunia.

Dan sebenarnya… Islam itu memang tersebar dari benda-benda yang ringkas seperti mengalihkan plastik gula-gula yang terbang ditiup angin saat makcik tukang sapu sedang menyapu lantai sahaja. Boleh jadi… hanya sekadar tolong mencapai barang di rak yang tinggi untuk nenek yang sudah bongkok. Boleh jadi… hanya dengan bertanya khabar anak kakak jururawat yang kita tahu demam seminggu lepas. Boleh jadi, dengan tolong mengangkat baju jiran di ampaian, diletak di teduhan saat hujan mula turun rintik-rintik semasa jiran kita tiada di rumahnya.

Semudah itu. Seringkas itu.

Tidak selalu kita perlu jadi bombastik dengan teori pelbagai.

Percayalah… Rasulullah itu… sangat berhemah dan cermat dengan perkara-perkara kecil yang selalu kita terlepas pandang. Baginda sangat sensitif dan peka.

Bak kata orang, ‘common sense is not so common nowadays’.🙂

Love in heart,

Miss Saffaa