Dalam hati menahan ketawa.

Heh. Tak khusyuk solat jadinya. Sempat lagi ekor mata ni mencuri pandang adik berusia lingkungan 3,4 tahun yang berdiri diselangi ibunya.

Tadi bukan main lagi, kita tarik dia suruh rapatkan saf… dia duk buat keras statik kat situ. Akhirnya, bila siap emaknya bagi salam, emaknya yang alih-alih berdiri sebelah aku. Sebab anaknya tu takut kena tarik dek aku kut. Eheh.

Aduh… adik comel. Yang adik pergi rukuk dengan gaya makcik solat duduk ni ape ke halnya adik?

Malu makcik yang dah tua ni, dik!