Kau tahu, Tuhan ini Maha Adil.

Yang kau nampak dia ada serba serbi; harta tak habis makan tujuh keturunan, muka berseri-seri macam bidadari, suami baik pemurah pula tu.

Satu aje kau nampak dia tak ada; anak.

Yang orang itu, kau nampak anak dia sampai sepuluh sederet, tapi rupa biasa-biasa saja. Naik kereta pun proton Saga second hand yang dah nak roboh. Kau bayangkan macam mana dia nak angkut anak dia semua sekali kalau masuk bab balik kampung.

Satu aje yang kau nampak dia tak ada; harta.

Yang orang itu kau nampak baik pekerti, harta tak banyak tapi ada pekerjaan tetap. Anak elok-elok saja dua orang.

Satu aje yang kau nampak dia tak ada; suami.

Kau tahu kan, semuanya pinjaman. Semuanya ujian yang akan dihisab. Yang dia tak ada itulah ujian yang Tuhan ringankan untuk dia.

Bukan Tuhan sengaja bagi tak cukup.

Faham…?

Tapi…

Advertisements