pulau selasih

 

 

“Tok Ayah, sebanyak mana kita patut baca al-Quran setiap hari?”

Senyum. “Sebanyak mana Uda nak bahagia.”

 

*kesat air mata*

Miss Saffaa

Advertisements

“Tahun ni nak puasa di Istanbul!”

Sadiq memegang kepala. Perlahan-lahan kepala digeleng.

Nas memicing mata. “Kan dah janji yang tahun ni kita nak pusing-pusing masjid untuk Tarawih.”

“Macam mana nak pergi, saya kan ada kelas tambahan.” Sadiq mencapai pen di tangan.

Nas mencapai bantal, memekup mukanya ke bantal. “Arghhh! Bencinyaaaa!” Dia menjerit dalam bantal.

Sadiq ketawa kecil melihat keletah isterinya yang sudah buat gaya comel begitu. Pen diletak semula atas meja. Tidak jadi menyambung kerjanya untuk merangka rancangan mengajar minggu depan. Punggung diangkat dari kerusi, melangkah mendekati isteri yang masih duduk di birai katil dengan muka terpekup begitu. Dia bersila di kaki Nas.

Perlahan-lahan terasa bantal ditarik. Nas mengangkat muka, memuncungkan mulut.

“Naseema sayang, janganlah buat begitu. Kasihan pada anak kita.” Sadiq meletak bantal ke atas riba sendiri.

“Tapi… tahun ni Nas kan berazam nak puasa penuh.”

“Iya… azam tetap azam. Abang doakan Nas larat dan diberi kekuatan untuk puasa penuh tahun ni.”

Nas menepuk riba. “Sebab tu orang nak buat tour masjid untuk tarawih kat sana.”

“Insya-Allah… banyak dah pahala isteri abang dengan niat begitu. Tapi Nas… kalau nak naik kapal terbang dalam tempoh sekarang ni… perlukan surat doktor. Nanti dah nak masuk 36 minggu kan pada 1 Ramadan.” Tangan isteri dicapai dan dikecup perlahan.

Nas mengeluh perlahan. “Ala… nanti Nas pakai baju besar-besarla. Sorok perut. Insya-Allah tak nampak punya.”

Senyum di bibir mekar berbunga. “Kita tour masjid di Malaysia saja boleh tahun ni? Tahun depan kita cuba insya-Allah.”

Nas mengherotkan bibir. Tak menjadilah trick dia kali ni! Isy! Hari tu Sadiq ajak dia balik masa musim bunga sebab dia rindu nak pegang tulip, nak hirup udara Bosphorus tapi dia pula sibuk dengan tesis anak muridnya di universiti.

Ingatkan trick ‘Tarawih’ ni jadi… rupanya… mengharap bulan jatuh ke riba, namun kaca yang jatuh ke batu.

Tangan mengusap perut. ‘Sorry baby, ibu tak berjaya memujuk ayahmu yang terlalu diplomatik ni. Nanti kita pergi ziarah tempat ‘bangun’-nya cinta ibu dan ayah lain kali ya.’

 

damai

Damai, the untold-then-told story.

 

 

Love in heart,

Miss Saffaa 🙂

 

Assalamualaikum,

Lama sangat tak menaip sesuatu. Rasa pelik.

Satu, kerana pasca banjir… laptop saya rosak. Ini saya pinjam laptop ayah saya. (Dan tolonglah doakan hard disk saya dapat berfungsi dengan baik. Banyak sangat khazanah yang tersimpan. Please… please…)

Dua, hari ini… saya berkejar shift yang panjang. Sepatutnya saya sudah tidur. Namun, ada tugasan sedikit yang perlu disiapkan. Jadi, saya belum tidur, ditemani cerita ‘Frozen’. Ahah!

Alhamdulillah.

Terima kasih untuk review dan komen-komen.

Saya setuju dengan kebanyakan komen anda tentang Busana Nana.

Ada yang beritahu saya, ceritanya sangat ringkas.

Betul! Itu tujuannya.

Ada yang beritahu, jalan ceritanya tak diolah dengan panjang.

Betul! Memang itu tujuan saya.

Ada yang beritahu, macam Majalah Solusi.

Errr… ini saya rasa jauh panggang dari api. Sangat.

Apapun, ‘ala kulli hal. Alhamdulillah. Terima kasih untuk mereka yang masih sudi membaca, memberi komentar. Ikhlas dari hati, saya syukur sangat-sangat. Ada benda yang saya terlepas pandang, orang ingatkan. Alhamdulillah. Boleh saya jadikan panduan untuk contengan saya yang seterusnya (dan tak tahu bila, memandangkan saya belum punya bajet dan kesempatan untuk membeli atau membaiki laptop lagi).

Busana Nana itu memang sengaja saya tulis dengan ringkas. Saya cuma sebut benda-benda yang simple. Yang jadi hari-hari. Antara kita lihat atau tak, sedar atau tak. Entah kenapa, semasa saya merangka dan menaip Busana Nana, ada satu kata-kata yang terngiang di minda.

Semakin matang seseorang itu, semakin dia memandang penting benda-benda yang kecil.

(Maksudnya bukan dalam konotasi negatif ya)

Benda-benda kecil itu, seperti… cara kita bercakap. Cara pemilihan perkataan. Barangkali cara kita berjalan, cara kita memegang pena. Cara kita memandang sesuatu pendapat, menerima dan menolaknya.  Cara kita melihat dan memerhati sinar mentari hari itu. Cara kita melihat titis hujan satu demi satu.

Boleh jadi, sebelum ini… kita fikir… hadiah harijadi setiap tahun itulah merapatkan kita. Namun, usia dan pengalaman mengajar kita… sebenarnya yang merapatkan kita itu boleh jadi saling tolong membeli makanan untuk rakan sekerja yang sangat sibuk. Boleh jadi cuma menawarkan susu kotak Dutch Lady Coklat. Boleh jadi, menawarkan diri untuk mengecas telefon kawan yang kehabisan baterinya. Boleh jadi… sekadar meminjamkan riba sekejap untuk dia, menumpang kepala, melepaskan lelahnya seharian menangani manusia yang pelbagai kerenah.

Kita fikir… kita mengubah dunia dengan mengubah segala isinya. Namun, semakin matang… semakin kita sedar… cara kita melihat dan menangani dunia itu yang mampu mengubah dunia.

Dan sebenarnya… Islam itu memang tersebar dari benda-benda yang ringkas seperti mengalihkan plastik gula-gula yang terbang ditiup angin saat makcik tukang sapu sedang menyapu lantai sahaja. Boleh jadi… hanya sekadar tolong mencapai barang di rak yang tinggi untuk nenek yang sudah bongkok. Boleh jadi… hanya dengan bertanya khabar anak kakak jururawat yang kita tahu demam seminggu lepas. Boleh jadi, dengan tolong mengangkat baju jiran di ampaian, diletak di teduhan saat hujan mula turun rintik-rintik semasa jiran kita tiada di rumahnya.

Semudah itu. Seringkas itu.

Tidak selalu kita perlu jadi bombastik dengan teori pelbagai.

Percayalah… Rasulullah itu… sangat berhemah dan cermat dengan perkara-perkara kecil yang selalu kita terlepas pandang. Baginda sangat sensitif dan peka.

Bak kata orang, ‘common sense is not so common nowadays’. 🙂

Love in heart,

Miss Saffaa

The Owner

Words from owner

~Hakcipta TERPELIHARA~ Sebarang penyalinan hendaklah mendapat izin PEMILIK terlebih dahulu

author can be reached through:

saidatulsaffaa

[at]

gmail[dot]com

YM:saffaasayyida

The sun’s path

November 2017
M T W T F S S
« Jul    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Click to order ^^

1102605_609122925812445_978077605_o

Cebisan Mimpi

I
[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12]

Kalau Tuhan Katakan Jadi

[1] [2] [3] [4] [5]

Koo’tür

[1] [2] [3] [4] [5] [6]

Leave your footprints too!

nai on Break 49
hadiati on Rona Biru Tua
rumaisaa' on Break 49
miss saffaa on Break 48 [Busana Nana]
Sahabat Syurga on Break 48 [Busana Nana]

Blog Stats

  • 55,653 Allah's slaves visiting
FREE PALESTINE
counter free hit invisible