You are currently browsing the monthly archive for January 2009.

arties-cottage-by-bernie-rosage-jr-2

Zulkarnain melemparkan pandangan kosong.Tanpa fokus.Kata-kata Kak Zatil sejak semalam bagaikan menggendang-gendang telinganya.

Macam manalah Kak Zatil boleh memikirkan perkara itu. Dan lebih kritikalnya, boleh membuat keputusan sebegitu. Dalam masa yang sebegitu singkat.

“Kaklong dah istikharah Zul.Banyak kali.” Zatil terhenti seketika.Merenung wajah adik lelakinya itu. “Dah sebulan..dan jawapannya positif..”

Sungguh dia tersentak kala itu.

“Ustaz.”

Suara seseorang menyebabkan dia berpaling. Hasnan, pelajar 5 J-Lo berdiri tegak di sisinya.

“Sekarang ni masa ustaz.”

“Astaghfirullah..saya lupa.” Zulkarnain mengukir senyum bergaris lurus.

Ya Allah, terlalu mengelamunkah dia hari ini? Belum pernah dibuatnya lambat masuk ke kelas yang bakal diajar. Kebiasaannya, sebelum waktu rakan setugasnya habis, dia sudah tercegat di tepi koridor menanti giliran. Takkan sesekali dia membiarkan pelajarnya ternanti-nanti, mempunyai senggang kosong tanpa dia masuk ke kelas. Baginya, mengajar itu satu tanggungjawab. Memang adatnya pelajar perlu menanti guru. Tetapi, janganlah si guru pula leka, terlupa tanggungjawabnya. Tapi hari ini, tercalar sudah rekod yang dijaga bersih.

Tangan Zulkarnain pantas mencapai buku rekod mengajar dan buku Pendidikan Islam yang tersusun rapi di atas mejanya.

“Jom Hasnan.” Kerusi ditolak ke belakang. Kemudian, mengatur langkah laju. Agar tidak terlewat.

“Ustaz.” Suara Hasnan berbunyi lagi.

Zulkarnain berpaling ke belakang. Hasnan masih belum memulakan langkah pun lagi. Masih tegak di sisi kerusi dan meja gurunya.

“Ustaz salah ambik buku.” Mata Hasnan memfokus pada buku yang dibimbit Zulkarnain.

Zulkarnain memfokus pada tempat singgahnya mata Hasnan. Apa yang salahnya? Buku Pendidikan Islam dan rekod mengajar. Dia berpaling merenung Hasnan sekali lagi dengan tanda tanya.

“Sekarang ni masa biologi.” Tutur Hasnan lagi, serba salah melihatkan muka Zulkarnain sebegitu.

Gulp!

Zulkarnain terus meletakkan kembali buku Pendidikan Islam dan mencapai sebuah lagi buku lain yang tertulis di kulit depannya ‘Biologi’.

“Jom.”

Langkah diayun laju. Kali ini, barulah Hasnan mengiringinya di sisi.

Disaster! Kenapa banyak perkara yang dia asyik terlupa je hari ini? Terlalu mengelamunkah? Atau patut disalahkan pada masalah yang satu itu?

~to be continued~


Maaf..lama betul saya cuti ya. 😉

Sebenarnya, masa post entry ni internet ada problem pulak.

Ni entry ‘sebenar.’

Cerita ni tak ada draft yang ‘sempurna lagi. So, lambat sikitlah perjalanannya.

Sorry sekali lagi. Sekarang ni saya sibuk sangat-sangat.

Kalau ada masa lagi, saya post lagi ye.

Enjoy reading..enjoy writing comments.. 🙂

Ingin berkongsi beberapa link:


http://english.aljazeera.net/

http://www.islamonline.net/english/index.shtml

http://www.infopalestina.com/ms/

http://www.palestinkini.info/


Tak terasa apa-apakah bila saudara kita di sana bermandi hujan peluru,berenang dalam lautan darah?

Anda boleh membantu mereka:-

1)Sebarkan kesedaran dan sebarang berita terbaru kepada ahli keluarga,sanak saudara,rakan-rakan dan sesiapa sahaja.Termasuk pada yang bukan Islam.

2)Lakukan solat hajat.Berjemaah lebih baik.

3)Baca Qunut Nazilah(dalam setiap solat fardhu atau sunat selepas ruku’ rakaat terakhir ATAU selepas solat);


اللهم أَعِزَّ الإسلامَ و المسلمين , اللهم أَذِلََّ الشِركَ و المُشرِكِين , أللهم انْصُرْ اخوانَنَا المسلمين و المجاهدين و المُسْتَضْعَفِين , فى فلسطين و فى لُبْنَان و فى العراق وفى كل مكان و فى كل زمان.

Ya Allah! Muliakan Islam dan orang islam. Ya Allah! Hinakan syirik dan musyrikin. Ya Allah! Tolonglah saudara-saudara kami yang muslim dan mujahidin dan golongan-golongan lemah, di Palestin, di Lubnan, di Iraq dan di semua tempat dan di semua masa.


اللهم دَمِّرْ أعْدَائَك أعداءَ الدِّين , اللهم أهْلِكِ الكَفَرَةَ و الشِرْكَ و المُنَافقين , اللهم اِنَّنا نَجْعَلُ فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك

Ya Allah ! Binasakan musuh kamu, Musuh agama (Islam). Ya Allah! Hancurkan kekufuran, syirik dan munafiq, Ya Allah! Sesungguhnya kami jadikan pada leher-leher musuh kami (kami serah kepada Mu) dan kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan-kejahatan mereka. Ya Allah! Cerai beraikan himpunan mereka, pisahkan kesatuan mereka, selerakkan kalimah-kalimah mereka, gegarkan ketetapan mereka, Kalahkan mereka dengan anjing dari anjing-anjing Kamu.

يا قهَّار , يا جبَّار , يا مُنْتَقِم , يا الله , يا الله , يا الله , يا رب العالمين

Wahai Tuhan yang maha gagah, Wahai Tuhan yang maha keras, Wahai Tuhan yang maha membalas, Wahai Allah!!

اللهم يا مُنْزِلَ الكتاب و يا مُجْرِىَ السَحاب و يا هَازِمَ الأحزاب , اِهزِم الكفار , اهزم اليهود , اهزم الهنود , اهزم أمريكا ومن وَلَّا هُم , وانصُرْنا عليهم

Wahai Allah, Tuhan yang menurunkan kitab (al-Quran), Tuhan yang menggerakan langit, Tuhan yang mengalahkan tentera ahzab, kalahkan kuffar, kalahkan yahudi, kalahkan hindu, kalahkan amerika dan sekutu-sekutu mereka, dan tolonglah kami atas mereka.

اللهم انت قَوِىٌّ و نَحْنُ ضُعَفَاء , نَشْكُوا ضُعْفَ قوتِنا , اللهم انت ربنا و نحن عبادك

Ya Allah, Engkau berkuasa, kami lemah, kami mengadu kelemahan kami. Ya Allah! Engkau Tuhan kami dan kami adalah hamba-hamba kamu.

اللهم ارْزُقْنا شهادةً فى سبيلك , ربنا أتنا فى الدنيا حسنة و فى الأخرة حسنة , وقنا عذاب النار

Ya Allah! Rezkikan kepada kami syahid di jalan kamu. Ya Allah! Berikan kepada kami kehidupan di dunia ini baik dan di akhirat juga baik, dan selamatkan kami dari Azab neraka.


4)Sumbangan dan bantuan dari segi kewangan.


Wallahualam.



Saya yang merasa bertanggungjawab,

Miss saffaa



The Owner

Words from owner

~Hakcipta TERPELIHARA~ Sebarang penyalinan hendaklah mendapat izin PEMILIK terlebih dahulu

author can be reached through:

saidatulsaffaa

[at]

gmail[dot]com

YM:saffaasayyida

The sun’s path

January 2009
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Click to order ^^

1102605_609122925812445_978077605_o

Cebisan Mimpi

I
[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12]

Kalau Tuhan Katakan Jadi

[1] [2] [3] [4] [5]

Koo’tür

[1] [2] [3] [4] [5] [6]

Leave your footprints too!

nai on Break 49
hadiati on Rona Biru Tua
rumaisaa' on Break 49
miss saffaa on Break 48 [Busana Nana]
Sahabat Syurga on Break 48 [Busana Nana]

Blog Stats

  • 56,570 Allah's slaves visiting
FREE PALESTINE
counter free hit invisible